Definisi Gerakan Mahasiswa: Satu Tinjauan Semula

Latar Belakang

Kertas kerja yang bertajuk “Definisi Gerakan mahasiswa; Satu tinjauan semula” ini akan cuba membincangkan ma’na dan definisi gerakan mahasiswa menurut penilaian falsafah dan bukannya menurut sejarah. Kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama akan cuba membincangkan ma’na dan definisi setiap kata iaitu ‘gerakan’ dan ‘mahasiswa’ secara bahasa dan istilah. Bahagian kedua akan berfokus pada jenis gerakan mahasiswa yang ada pada hari ini dan seterusnya, pada bahagian yang terakhir saranan dan cadangan untuk dipertimbangkan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur(GEMPUR) agar ia selari dengan ma’na ‘gerakan mahasiswa’.

Gerakan mahasiswa hari ini pada hakikatnya telah berada di persimpangan jalan dan mereka bingung untuk menjelaskan identiti dan halatuju gerakannya antara Gerakan Intelektual atau menjadi pendokong dan penyokong Parti Politik tertentu. Kita tidak menemukan lagi sebuah gerakan mahasiswa yang memang benar-benar murni dan dilatarbelakangi semangat yang mulia untuk menciptakan sebuah perubahan sesebuah masyarakat.

Pendekatan falsafah

Falsafah ialah satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan Yunani iaitu philosophia. Dari segi bahasanya, falsafah ini berasal daripada dua patah perkataan yang digabungkan iaitu ‘philo’ dan ‘sophia’. Philo bermaksud ‘cinta dan suka’ manakala sophia pula bermaksud ‘hikmah (wisdom)’. Jadi, dengan bergabungnya dua perkataan ini, falsafah membawa maksud ‘sukakan hikmah/cintakan hikmah’. Perkataan ini diciptakan oleh Pythagoras. Manakala ahli falsafah pula bermaksud ‘orang yang menyintai hikmah’. Falsafah juga berbicara tentang sebab sesuatu kewujudan.

Relevansinya gerakan mahasiswa dinilai dari sudut pandang falsafah kerana ini dapat mengembalikan semla esensi sebenar tentang sebab keweujudan sebuah gerakan mahasiswa seterusnya, menilai semula gerakan mahasiswa yang ada pada hari ini.

 Bahagian 1

Definisi ‘Gerakan’

Gerakan berasal dari kata dasar gerak yang membawa makna perubahan tempat atau kedudukan baik hanya sekali maupun berkali-kali. Manakala gerakan pula adalah perbuatan atau keadaan bergerak. Bagaimanapun, dalam konteks ini gerakan merupakan sebuah persatuan atau pertubuhan yang membawa sesuatu misi perubahan. Manakala, dari segi istilahnya, gerakan ialah satu perkataan yang sangat berkait rapat dengan kemajuan,perkembangan,dan perubahan.

Menurut perspektif islam, makna perubahan,kemajuan, dan perkembangan  itu merujuk pada diri dan bererti pemulihan pada ajaran agama dan masyarakat islam yang tulen. Kemajuan bukan ke-‘menjadi’-an: bukan gerak daya ke arah sesuatu yang sentiasa menjadi. Pembangunan dan kemajuan mengikut perspektif Islam adalah pembangunan yang menyeluruh. Perbezaan yang mendasar terdapat dalam pembangunan Islami berbanding konsep pembangunan yang dibangunkan oleh peradaban Barat.

Dalam pembangunan Islami ini agama memainkan peranan yang dominan dalam segala aspek pembangunan. Pembangunan sekular, terlalu menumpukan kepada hardware (infrastruktur dan hal-hal yang berbentuk fizikal) yang bersifat tangible (ketara) dan kurang kepada software (moral, pendidikan, pemikiran, nilai-nilai murni) yang bersifat intangible (tidak ketara) dalam pembangunan. Penumpuan kepada aspek hardware inilah yang akhirnya menyebabkan lebih ramai orang terjebak dalam kerosakan moral, rasuah (corruption), jenayah dalam pelbagai bentuknya.

Sebaliknya jika pembangunan itu diatur dan direka sesuai dengan pandangan alam Islam maka kekeliruan dan kerosakan dalam segala bidang, moral (moral judgment), pemikiran, politik, pendidikan dan sebagainya. akan dapat diatasi sehingga kehidupan masyarakat lebih bahagia. Kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia, kesejahteraan dan kebahagiaannya, tidak merendahkan martabat manusia dan menjadikannya sebagai alat bagi industri dan negara.

Kerana itu perubahan perlu dilakukan daripada penumpuan terhadap industri dan negara kepada individu dan institusi pendidikan. Penekanan terhadap pembangunan insan dan pemerkasaan institusi pendidikan perlu diutamakan daripada pembangunan material dan pertumbuhan ekonomi.

 

Definisi ‘Mahasiswa’

Mahasiswa secara umumnya adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universiti atau institut pengajian tinggi. Mahasiswa adalah setiap orang yang secara rasmi berdaftar untuk mengikuti pelajaran di universiti dengan batas usia sekitar 18-27 tahun. Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendefinisikan mahasiswa sebagai suatu kelompok pelajar yang berada dalam peringkat paling tinggi dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara.

Mahasiswa menurut Knopfemacher adalah merupakan insan-insan calon sarjana yang dalam keterlibatannya dengan universiti (yang makin menyatu dengan masyarakat), dididik dan diharapkan menjadi calon-calon intelektual.

Mahasiswa adalah individu yang sedang melakukan serangkaian kegiatan dalam rangka menempuh suatu program pendidikan. Mahasiswa secara luas adalah pembaharu bagi kemajuan dan penopang hidup masyarakat. Sebagai kelompok intelektual, mahasiswa berpeluang untuk berada dalam posisi terdepan dalam proses perubahan masyarakat.

Mahasiswa adalah sebuah lapisan masyarakat terdidik yang menikmati kesempatan pendidikan di universiti. Sesuai dengan perkembangan usianya yang secara emosional sedang bergejolak menuju kematangan dan berproses menemukan jatidiri,dan sebagai sebuah lapisan masyarakat yang belum banyak dicemari kepentingan-kepentingan praktis dan pragmatis, alam fikiran mahasiswa beorientasi pada nilai-nilai ideal dan kebenaran. Karena orientasi idealis dan pembelaannya pada kebenaran, sebahagian intelektual memasukkannya kedalam kelompok cendikiawan.

Seperti kata Lewis Coser ”mahasiswa adalah golongan yang tidak pernah puas dengan kenyataan sebagaimana adanya, mereka mempertanyakan kebenaran yang berlaku pada zamannya dan mencari kebenaran yang lebih tinggi dan lebih luas” .

 Bahagian 2

Secara falsafahnya, gerakan mahasiswa ialah gerakan intelektual yang mempunyai misi dan visi yang jelas yang bukan sekadar berfokuskan pembangunan dan kemajuan dari sudut fizikal (politik,ekonomi, infrastruktur) akan tetapi, dengan lebih menitikberatkan aspek yang berbentuk dalaman (pendidikan,nilai murni, pemikiran).

Gerakan-gerakan mahasiswa yang pernah muncul sejauh ini sesungguhnya hanya berperanan sebagai penggerak inspirasi bagi kemunculan gerakan massa yang lebih besar yang kemudian menjadi penyebab jatuhnya sebuah rejim.Dengan kata lain, gerakan mahasiswa hanya sebagai punca dari kekuatan politik yang lebih besar. Hal ini juga menjelaskan posisi gerakan mahasiswa yang memang bukan sebagai gerakan politik murni melainkan hanya sebagai moral force dan agent of social change.

Gerakan mahasiswa adalah hal yang tidak asing lagi di lingkungan akademi universiti. Hampir setiap mahasiswa di tiap universiti ingin menunjukkan eksistensinya sebagai seorang mahasiswa melalui gerakan mahasiswa. Gerakan mahasiswa merupakan wadah bagi para mahasiswa untuk melakukan transformasi baik bagi diri mereka sendiri maupun orang lain. Maka muncul berbagai macam jenis gerakan mahasiswa dengan berbagai macam latar belakang, visi, misi, dan juga cita-cita.

Walaubagaimanapun, terdapat dua bentuk umum bagi gerakan mahasiswa;

1.  Gerakan mahasiswa berbentuk otonom. 

Sebuah gerakan mahasiswa yang digerakkan dan dirikan leh golongan mahasiswa sendiri tanpa mengharap bantuan serta tidak memerlukan desakan dari mana-mana pihak. Benar-benar menjadi satu kelompok intelektual yang murni dan berjuang demi kemajuan masyarakat dan bukannya menjadi tunggangan parti politik dan tidak mengambil pendekatan populis.

2. Gerakan mahasiswa berbentuk mobilisi.

 Gerakan mahasiswa yang digerakkan oleh tangan-tangan luar seperti  HEP,parti politik,atau NGO. Sebuah gerakan yang ditubuhkan untuk mencapai misi-visi pihak lain dan bukannya mahasiswa itu sendiri.

Dapatlah disimpulkan bahawa gerakan mahasiswa ialah golongan intelektual yang seharusnya bergerak dengan autonomi sendiri. Gerakan mahasiswa seharusnya bergerak atas dasar akademik dan kebenaran, bukanya atas suruhan dan desakan mana-mana pihak yang berkepentingan.

Menurut Syed Hussein Alatas (1977), dalam bukunya Intelektual Masyarakat Membangun, definisi intelektual ialah

“orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah, bukan kebendaan, dengan menggunakan kemampuan akliahnya”.

Golongan Intelektual diharapkan memikul amanah tamadun dan peradaban dengan sebaik-baiknya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada menjadi fenomena di US, iaitu yang disebut oleh Frank Furedi (2004) dalam bukunya Where Have All the Intellectuals Gone?, di mana pemikir seperti Betrand Russel, Raymond Williams atau Hannah Arendt, iaitu tokoh yang mempunyai ilmu yang tulen, visi yang luas dan prihatin terhadap isu-isu masyarakat telah diganti oleh peramal yang dangkal, pengkaji yang apologis dan pakar pemutar isu.

Antara ciri-ciri lazim intelektual dan bentuk gerakanya;

  1. Intelektual berusia muda, walaupun ada yang berumur. Penentangnya lebih tua, atau kalaupun muda, tetapi tua pemikirannya.
  2. Intelektual rajin menulis buku dan rencana, membentang kertas kerja di seminar ilmiah, menjadi kolumnis, sering diundang media elektronik serta ada laman web, blog dan sebagainya. Penentangnya kurang rajin.
  3. Intelektual aktif mengeluarkan pendapat tanpa ragu atau ampu. Penentangnya kurang aktif.
  4. Intelektual kritis, progresif dan adakalanya berbeza dengan pemikiran arus perdana. Penentangnya jumud, sering bersama arus perdana, manakala arus perdana adakalanya tidak mempunyai apa-apa pemikiran pun.
  5. Intelektual artikulasi. Penentangnya tidak mampu berhujah.
  6. Intelektual menggunakan pendekatan bijaksana, dinamik dan sesuai dengan keperluan kontemporari. Penentangnya terikat dengan pendekatan lama yang ditolak kumpulan sasar.

 

Bahagian 3

Jika kita melihat gerakan mahasiswa terdahulu , hampir setiap pergerakannya adalah untuk melawan segala korupsi dan kezaliman dilakukan oleh penguasa. Terlebih lagi, ketika maraknya praktis-praktis ketidakadilan, kemiskinan, pembodohan, dan penindasan terhadap rakyat atas hak-hak yang dimiliki tengah terancam. Namun, bukan bererti kita juga harus terbuai oleh sejarah terdahulu.Bangunan-bangunan peradaban baru juga menuntut untuk kita dirikan. Disinilah peranan besar gerakan mahasiswa untuk menjadi generasi yang mampu memperbaiki kualiti hidup masyarakatnya.

Namun yang terjadi sekarang banyak para agent of change berubah menjadi agent of nostalgia. Sejarah diciptakan bukan untuk dikenang saja tetapi untuk bagaimana kita menyingkapinya untuk diambil pelajaran dan hikmahnya. Setiap zaman akan berbeza situasi dan kondisinya. Tetapi sesungguhnya hidup ini adalah pengulangan episode-episode kehidupan terdahulu hanya saja aktor dan latarnya yang berbeda. Apakah down-nya pergerakan mahasiswa sekarang karena lemahnya kita dalam menarik “benang merah” sejarah terdahulu? Jawabannya ada pada diri mahasiswa masing-masing.

Kita tidak seharusnya saling menyalahkan mundurnya pergerakan mahasiswa sekarang ini. Al-Quran pun menggambarkan sebuah deskripsi jelas tentang turun naiknya sebuah generasi pada surat Al-Imran ayat 140 :

“……….dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan diantara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim” (QS.Ali Imron : 140 )

‘Gerakan Mahasiswa’ Pantai Timur seharusnya kembali pada makna sebenar sebuah gerakan mahasiswa itu sendiri.  Sebuah gerakan intelektual yang mempunyai misi dan visi yang jelas yang bukan sekadar berfokuskan pembangunan dan kemajuan dari sudut fizikal (politik,ekonomi, infrastruktur) akan tetapi, mengisi kekosongan yang ditinggalkan gerakan yang lain; dengan lebih menitikberatkan aspek yang berbentuk dalaman (pendidikan,nilai murni, pemikiran).

Gerakan mahasiswa Pantai Timur harus lebih memacu pada proses pemberdayaan dan pengembangan masyarakat (community development), terutamanya dalam kerangka pemikiran. Gerakan-gerakan sosial seperti aksi jalanan atau demonstrasi sebagai satu model ekspresi kritik sosial itu tetap penting. Namun,usaha untuk memajukan dan membangunkan kualiti pemikiran dan pendidikan masyarakat lebih penting, sehingga aksi ini dapat dipertanggungjawabkan secara akademik. Aspek inilah yang selama ini tampak diabaikan oleh gerakan mahasiswa di Malaysia selama ini.

 

Rujukan utama

Disediakan oleh Muhammad Afiq bin Rostam (USIM)

Kertas Kerja Sejarah Gerakan Mahasiswa Pantai Timur, Suatu Tinjauan Ringkas

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kertas kerja Gerakan Mahasiswa Pantai Timur dibawah tajuk Sejarah Gerakan Mahasiswa Pantai Timur : Suatu tinjuan ringkas adalah berkisarkan beberapa perkara yang patut kita ambil perhatian. Saya telah bahagikan kepada beberapa bahagian untuk kita teliti bersama.

  • Sejarah penubuhan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)
  • Teras gerakan dan gerak kerja GEMPUR sepanjang tempoh penubuhannya.
  • Persepsi Mahasiswa (UniSZA) terhadap GEMPUR

Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk membuat semakan kembali gerak kerja GEMPUR sepanjang tempoh penubuhannya sejak tahun 2012. Matlamat dan teras serta konflik dalaman yang berlaku di dalam GEMPUR turut diambil perhatian untuk sama-sama kita telaah dan teliti bersama demi kelangsungan gerakan ini pada masa hadapan.

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk jadikan kertas kerja ini bukan sekadar dibuat atas angin semata-mata namun dibuat agar sama-sama kita kenang dan mengambil iktibar bersama. Antara kaedah yang saya gunakan adalah sesi soal jawab bersama para intelektual di UniSZA dan UMT. Umumnya, kaedah ini lebih menumpukan pandangan mereka sepanjang gerak kerja GEMPUR sepanjang penubuhannya.

Kaedah yang kedua adalah bancian. Bancian ini dibuat untuk melihat perspektif mahasiswa terhadap penubuhan GEMPUR sebagai sebuah gerakan mahasiswa. Lampiran A adalah contoh soalan bancian yang dibuat dengan meletakkan 300 responden sebagai sasaran penilaian. Tambahan pula, kaedah bancian juga dapat meletakkan kedudukan GEMPUR di dalam ruang lingkup pemikiran mereka samada dari sudut positif mahupun negatif.

Saya turut mengambil pendirian untuk tidak meletakkan kertas kerja ini sebagai sebuah kajian muktamad, ia cuba untuk membuka ruang perbincangan jika masih terdapat kekurangan atau perlukan penambahbaikkan. Semoga sahabat sekalian berfikiran terbuka untuk kritikan membina kertas kerja ini demi kebaikan bersama.

SEJARAH PENUBUHAN GERAKAN MAHASISWA PANTAI TIMUR (GEMPUR)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Gerakan Mahasiswa Pantai Timur atau singkatannya GEMPUR adalah sebuah gerakan mahasiswa yang bertapak di pantai timur sejak tahun 2012. Ia ditubuhkan hasil inisiatif beberapa orang mahasiswa daripada pelbagai latar belakang yang sedar dan cakna tentang suasa yang berlaku di kalangan mahasiswa hari ini.

Cetusan idea untuk menubuhkan GEMPUR bermula melalui proksi-proksi yang bertapak di beberapa universiti di pantai timur antaranya Pengkritik MPP UniSZA (PMU) dan Pro Mahasiswa Kelantan (Pro M). Namun begitu, ia juga didokong oleh segelintir mahasiswa daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), UM Nilam Puri dan beberapa kolej di Kelantan. Di awal penubuhan GEMPUR, perbincangan demi perbincangan dibuat untuk membina teras gerakan agar ia bersesuaian dengan lokaliti pantai timur. Hasil daripada perbincangan yang dibuat, kongres pertama GEMPUR telah berlangsung di dewan Angkatan Belia Malaysia Kelantan.

Kongres ini bertujuan untuk mencari pandangan alam dan berkongsi idea tentang beberapa rukun gerakan yang diusulkan iaitu intelektualisme, aktivisme dan idealisme sebelum membina teras gerakan. Selain itu, ia juga untuk membincangkan pelbagai isu berbangkit samada penubuhan gerakan mahasiswa ini bersesuaian dengan lokaliti pantai timur sekaligus bertepatan dengan aspirasi mahasiswa secara amnya. Seramai hampir 40 orang mahasiswa telah hadir untuk sama-sama bersolidariti dengan penubuhan GEMPUR. Mereka terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa UniSZA,UMK,UM Nilam Puri dan Kolej-Kolej sekitar Kelantan. Wakil-wakil daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut hadir untuk memberi pandangan dan pendirian berbeza berkenaan gerakan ini.

Kongres turut membincangkan organisasi yang bakal diteraju untuk membawa agenda GEMPUR. Ia menggunakan konsep ahli dewan sebagai peneraju utama serta dipecahkan kepada penstrukturan biasa iaitu presiden, timbalan presiden, setiausaha dan sebagainya. Ahli dewan pula dibahagikan mengikut zon iaitu zon Terengganu, Kelantan serta Pahang. Namun begitu, mahasiswa daripada Pahang masih tidak dapat berhubung untuk penubuhan GEMPUR atas beberapa permasalahan.

Kongres juga telah bersetuju untuk melantik Syahmi Hazim sebagai presiden GEMPUR yang pertama. Salah suatu faktor dominan ialah, tempoh pengajiannya sebagai mahasiswa masih berbaki 2 tahun pada waktu itu. Tambahan pula, beliau juga telah bergerak sebagai aktivis mahasiswa di awal kemasukan pengajian diploma. Oleh itu, beliau secara rasminya dilantik sebagai presiden pertama Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) melalui undian sebulat suara.

Selepas tamatnya kongres, semua ahli GEMPUR telah beriltizam untuk sama-sama berganding bahu untuk menggerakkan gerakan ini. Dipandu dengan teras serta rukun gerakan sebagai pasak utama tertubuhnya GEMPUR, mereka bersedia untuk menerima apa jua cabaran mendatang melihat kepada gerakan ini yang masih belum menginjak usia matang. Kami berharap dengan penubuhan GEMPUR, ia dapat membuka suatu wadah untuk menyedarkan mahasiswa tentang tanggungjawabnya kepada agama, rakyat dan Negara.

RUKUN DAN TERAS GERAKAN MAHASISWA PANTAI TIMUR (GEMPUR)

RUKUN GEMPUR

Intelektualisme – Penghayatan budaya ilmu yang berasaskan tiga prinsip utama iaitu

  1. Meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi sebagai rujukan
  2. Individu mahupun mahasiswa sentiasa menuntut, menyebar dan mengembangkan ilmu
  3. Setiap keputusan yang dibuat perlulah berlandaskan ilmu

Idealisme – Pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan 2 perkara iaitu kecintaan dan kebencian. Ia adalah kecintaan terhadap nilai muluk, mulia dan murni. Ini termasuklah kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Kedua adalah kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Konsep ini diambil daripada Amar Makruf Nahi Mungkar.

Aktivisme – Proses merealisasikan idealisme. Ini termasuklah kebijaksanaan menterjemah idealisme agar menjadikan langkah serta tindakan sesuatu yang praktikal. Di sini lahirnya hal ehwal perjuangan seperti kesukarelaan dan pengorbanan. Ia ditandai seperti yang termaktub di dalam islam, iaitu berlumba-lumba ke arah berbuat kebajikan.

TERAS GEMPUR

a) Kedaulatan Undang-Undang

Konsep ini tidak harus difahami secara literal kerana undang-undang perlu dibina atas dasar nilai. Penganalisis sering membezakan antara kedaulatan undang-undang (rule of law) dan kawalan undang-undang (rule by law). Kedaulatan undang-undang mengungkapkan undang-undang yang adil dan saksama atau secara ringkasnya,ia bertepatan dengan konsep ‘kemanusian’. Sedangkan kawalan undang-undang adalah undang-undang atau status yang diluluskan oleh parlimen tetapi zalim dan tidak adil. Menurut A.V Dicey, Kedaulatan undang-undang menuntut :

  • Bahawa semua tindakan pihak berkuasa awam perlu disokong oleh undang-undang dan semua pengawai adalah bertanggunjawab kepada mahkamah atas tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang.
  • Bahawa tidak boleh wujud budi bicara yang terlalu luas pada tangan pengawai-pengawai awam.
  • Bahawa semua warganegara berhak mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah yang bebas daripada sebarang pengaruh.
  • Bahawa semua warganegara berhak mendapat layanan yang sama di sisi undang-undang

b) Demokrasi

Graham Smith berpendapat bahawa pada masa kini, suatu inovasi demokrasi harus dilakukan. Ia melibatkan lima teori demokrasi kontemporari tentang peningkatan partisipasi iaitu :

  • Demokrasi  berpartisipasi yang menekankan nilai partisipasi itu sendiri iaitu ia bersifat mendidik dan membina rakyat, Berpartisipasi adalah dengan sendirinya merupakan suatu manfaat. Ia meningkatkan kefahaman rakyat tentang minat, kecenderungan, kemahiran, kualiti dan tanggungjawab terhadap politik.
  • Demokrasi deliberatif yang memberi tumpuan khusus terhadap proses bagaimana suatu sesuatu keputusan dibuat. Ia menekankan tentang keperluan supaya keputusan hendaklah dibuat melalui proses perbincangan sesama rakyat yang menikmati kebebasan dan kesaksamaan.
  • Demokrasi secara langsung yang menekankan saat keputusan dibuat . Legitimasi politik bergantung pada idea bahawa setiap rakyat mempunyai input yang saksama dan efektif dalam membuat keputusan secara kolektif.
  • Demokrasi kelainan yang merujuk soal bagaimana kumpulan-kumpulan sosial tertentu yang kurang mampu atau ditekan telah dipinggirkan daripada proses politik. Dalam konteks ini, legitemasi politik bergantung kepada sejauh mana suara dan perspektif yang khusus daripada pelbagai kumpulan sosial itu diiktiraf dan diwakili dalam proses membuat keputusan politik.
  • Demokrasi cosmopolitan yang mempersoalkan kedudukan legitemasi keputusan dibuat oleh kuasa-kuasa politik transnasional sedangkan keputusan dibuat tanpa melibatkan partisipasi aktif penduduk tempatan yang terkesan oleh keputusan tersebut.

c) Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia boleh didefinisikan sebagai kumpulan hak-hak yang dianggap asas dan penting yang tidak boleh dinafikan, ia dianggap sebagai sesuatu yang mendasar. Tanpa hak-hak ini manusia mungkin tidak dapat mengembangkan potensi kemanusiannya. Hak-hak asasi merangkumi segenap aspek baik jasmani mahupun rohani. Perlu ditegaskan bahawa oleh kerana hak-hak ini dianggap sebagai wujud atau timbul bersama-sama dengan kewujudan manusia, adalah sesuatu yang dianugerahkan oleh penciptanya. Dengan kata lain hak-hak tersebut bukanlah ihsan pemerintah atau penguasa awam. Hakikat ini perlu ditegaskan kerana nantinya ia dapat membantu kita menilai samada sekatan-sekatan atau penafian-penafian yang dikenakan terhadap hak-hak asasi itu wajat atau sebaliknya.

Hak-hak asas seorang warganegara ada disebutkan di bahagian kebebasan asasi (Fundamental Liberties). Perlembagaan Persekutuan. Ia selari dengan hak-hak asasi manusia dalam Universal Declaration Of Human Rights yang mengandungi 30 perkara dan dalam pengisytiharan Hak Asasi Manusia dari Perspektif Islam oleh Majlis Ulama’ Sedunia yang mengandungi 23 perkara.

d) Non-Partisan

‘Kami mempertahankan hak mahasiswa untuk mengetengahkan pendapat tentang isu-isu luar kampus. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengutuk apa yang salah, dan memuji apa yang layak dipuji’ Senathi Rajah, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) 67/68, Oktober 1967.

e)  Individu Merdeka dan Bertanggungjawab

f)   Berani membudayakan aktivisme yang kreatif

GERAK KERJA GERAKAN MAHASISWA PANTAI TIMUR (GEMPUR)

Selepas Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) secara rasminya ditubuhkan pada bulan Februari 2012, beberapa gerak kerja telah dirangka untuk jadikan agenda GEMPUR realisme dengan suasa mahasiswa antaranya :

DEMONSTRASI

Anti-Lynas

Pada hari tertubuhnya GEMPUR, beberapa ahli gerakan ini telah bertolak ke kuantan untuk turut sama bersolidariti dengan rakyat Malaysia yang sedar menolak pembinaan loji nuclear yang dikenali sebagai lynas. Ia adalah gerak kerja pertama GEMPUR bersama-sama dengan gerakan mahasiswa yang lain antaranya SMM, LMP dan AKSI.

BERSIH 3.0

GEMPUR juga menyertai perhimpunan tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil 3.0 (BERSIH) di Kuala Lumpur. Gerakan mengambil pendirian untuk menyatakan perhimpunan ini sebagai tanggungjawab mahasiswa untuk rakyat agar penipuan yang didedahkan sepanjang Piliharanraya Umum (PRU) disemak kembali terutamanya berkenaan keboborakkan sistem daftar pengundi yang berlarutan sehingga banyak pengundi hantu yang didedahkan. Perhimpunan ini juga adalah untuk menguatkan momentum menuntut pendidikan percuma dengan berkhemah selama 14 hari sebelum perhimpunan BERSIH 4.0.

Yayasan Terengganu

Rentetan daripada perhimpunan BERSIH 3.0, mahasiswa daripada Timur Tengah seramai 9 orang telah ditarik balik pinjaman mereka oleh Yayasan Terengganu. Atas nama mahasiswa, GEMPUR telah menganjurkan solidariti bersama-sama dengan rakyat Terengganu untuk mendesak agar penarikan balik pinjaman itu dibatalkan. Sebelum demonstrasi penyerahan memorandum, GEMPUR telah menghantar petisyen agar Yayasan Terengganu memberi penjelasan berkenaan penarikan balik pinjaman itu, namun mereka tetap berdiam diri sebelum GEMPUR mengambil keputusan untuk menganjurkan demonstrasi.

Stadium Runtuh

Wakil daripada GEMPUR, Syahmi Hazim memberi ucaptama ketika perhimpunan stadium runtuh anjuran ROYALTI Terengganu dalam memberi kesedaran kepada rakyat tentang pembaziran duit hampir RM 500 juta ringgit. Oleh kerana tiada penambahbaikkan selepas keruntuhan itu, stadium Gong Badak kekal sebagai ‘monumen’ untuk Negeri Terengganu.

FORUM

Pilihanraya Umum unjuran kemenangan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) merupakan titik tolak demi masa depan dan rakyat. Sehubungan dengan itu, GEMPUR telah menganjurkan forum berkenaan PRU-13 dari perspektif mahasiswa. Ahli panel yang dijemput terdiri daripada golongan profesional daripada UniSZA.

DIALOG

Dialog pemilihan pemimpin

GEMPUR mengambil tindakan yang berani apabila menganjurkan suatu dialog berkenaan pemilihan pemimpin di dalam kampus UniSZA yang berlangsung pada sesi petang dan malam. Pada sesi petang, kuliah ringkas berkenaan pemilihan pemimpin disampaikan oleh salah seorang pensyarah UniSZA manakala di sesi malam pula, dialog mahasiswa berkenaan pemimpin yang bertempat di Speaker Corner UniSZA.

PERSEPSI MAHASISWA UNISZA TERHADAP GEMPUR

Lampiran A

Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) sedang membuat bancian berkenaan organisasi ini sempena ulang tahun yang kedua setelah gerakan ini ditubuhkan. Kerjasama anda amat kami hargai.

Sila tandakan ( / ) daripada salah satu pilihan jawapan di bawah.

a)      Adakah anda mengenali Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)?

i)                    Ya

ii)                  Tidak

b)      Jika anda mengenali gerakan ini, dari manakah anda mengenali gerakan ini?

i)                   Media massa (Televisyen,surat khabar dan sebagainya)

ii)                  Media sosial (Facebook,twitter dan sebagainya)

iii)                Lain-lain (Sila nyatakan)  _______________________

c)      Adakah anda tahu agenda gerakan ini?

i)                    Ya

ii)                  Tidak

d)     Sejauh pengetahuan saudara/i, adakah gerakan ini adalah sebuah gerakan mahasiswa?

i)                    Ya

ii)                  Tidak

e)      Sebagai seorang mahasiswa, seandainya Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) adalah sebuah gerakan mahasiswa yang radikal, adakah ia perlu untuk situasi semasa mahasiswa?

i)                    Ya

ii)                  Tidak

Ya

Tidak

Rosak

Soalan 1

247

46

0

Soalan 2

49 (i)

                    196 (ii)

48 (iii)

Soalan 3

141

149

3

Soalan 4

211

82

0

Soalan 5

187

106

0

Pada mulanya, bancian ini mensasarkan 300 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa unisza. Namun, hanya 293 orang sahaja yang menghantar borang bancian ini. Berikut adalah konklusi yang dapat saya ambil daripada bancian ini.

Soalan 1

Soalan ini adalah lebih kepada melihat pengetahuan am mahasiswa/i UniSZA berkenaan penubuhan GEMPUR selama hampir 2 tahun. Peratusan sebanyak 84.3% menunjukkan gerak kerja GEMPUR berjaya mencuri tumpuan mahasiswa khususnya di dalam lokaliti UniSZA.

Soalan 2

Soalan ini sedikit sebanyak melihat tumpuan mahasiswa/I UniSZA lebih terarah kepada hebahan-hebahan melalui media sosial iaitu facebook,twitter dan sebagainya. Peratusan yang menjawab media sosial adalah sebanyak 66.9%. Mengikut unjuran saya, sepatutnya yang menjawab lain-lain adalah seramai 46 orang namun bancian menunjukkan lebih 2 bancian. Anggapan saya 2 bancian itu adalah rosak. Faktor hebahan media massa yang kurang adalah gerak kerja GEMPUR kurang mendapat perhatian, namun ia adalah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana sekurang-kurangnya untuk tempoh yang belum matang, ia berjaya mendapat liputan saluran Astro Awani ketika demonstrasi Yayasan Terengganu pada waktu itu.

Soalan 3

Mengikut pandangan saya, daripada 149 orang yang menjawab TIDAK, hanya 103 sahaja mengenali GEMPUR namun tidak mengetahui agendanya. Bagi yang menjawab YA pula, saya lebih melihat kepada faktor penggunaan nama ‘Mahasiswa’ di dalam GEMPUR sebagai faktor utama untuk para mahasiswa/I UniSZA membuat konklusi bahawa penubuhan GEMPUR adalah untuk membawa suara mereka namun tidak membuat kajian lebih lanjut tentang kenapa gerakan ini ditubuhkan.

Soalan 4

Soalan no.4, saya turut mengambil pendirian bahawa penggunaan nama ‘Mahasiswa’ memainkan peranan penting menyebabkan mereka cenderung untuk melihat GEMPUR ini adalah sebuah gerakan mahasiswa. Saya juga berkesempatan untuk bertanyakan soalan kepada beberapa responden berkenaan kerjasama GEMPUR dengan parti politik, rata-ratanya menjawab tidak. Bagi mereka, mahasiswa perlu berdiri atas nama mahasiswa tanpa campur tangan parti politik.

Soalan 5

Peratusan menjawab ‘Ya’ pada soalan no.5 adalah sebanyak 63.8 %. Bagi saya, peratusan ini adalah kesan selepas Pilihanraya Kampus (PRK). Ditambah pula faktor mahasiswa sudah muak dengan sistem pentadbiran didokong pula dengan gelombang merah. Meskipun penggunaan perkataan radikal adalah suatu yang negatif bagi ruang lingkup mahasiswa unisza serta masih ada yang tidak tahu makna radikal, sedikit sebanyak peratusan masih menunjukkan tindakan radikal adalah sesuatu yang perlu bagi mereka.

 

KESIMPULAN

Kertas kerja ini adalah sebuah tinjuan ringkas yang dapat saya lakukan sepanjang pemerhatian saya sebagai salah seorang ahli GEMPUR. Masih terdapat beberapa kekurangan yang saya perhatikan sepanjang kertas kerja ini dibuat. Antaranya adalah dari segi bancian yang mana ia dilakukan selepas Pilihanraya Kampus (PRK). Hal demikian kerana mentaliti mahasiswa pada waktu itu masih dalam keadaan terumbang-ambing kerana PRK pada waktu itu telah meninggalkan kesan yang mendalam pada mereka.

Selain itu, kertas kerja ini juga tidak membuat sesi soal jawab bersama para profesional untuk memberi pandangan ilmiah mereka sepanjang gerak kerja GEMPUR. Dari segi pengolahan tentang sejarah dan bancian yang dibuat juga masih terdapat beberapa kekurangan yang mana saya tidak menekankan secara langsung pendapat saya berkenaan bancian yang dilakukan. Saya berharap sahabat-sahabat sekalian dapat memberi pandangan tentang bancian yang dibuat ataupun pelbagai andaian tentang persepsi mahasiswa khususnya dalam lokaliti mahasiswa unisza.

Pelbagai kritikan saya menerima dengan hati terbuka, moga sahabat-sahabat sekalian dapat memberi apa jua pandangan tentang kertas kerja ini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat memberi manfaat demi kelangsungan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) pada masa hadapan. Akhir kata, kertas kerja tinjauan ringkas ini dapat mengenangkan kembali gerak kerja mahupun pelbagai kekurangan sepanjang penubuhan GEMPUR sebagai sebuah gerakan mahasiswa.

Disediakan oleh Hasnul Hadi Ruslan

By Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Posted in Artikel

KONGRES TERTUTUP KALI KE 2 GERAKAN MAHASISWA PANTAI TIMUR (GEMPUR)

Image

 

Tarikh : 21 Disember 2013 (Sabtu)

Tempat : Dewan Homestay Banggol, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman

Masa : 9.00 pagi – 10.30 malam

Bil Peserta : 20 orang

TUJUAN

Walaupun Pilihanraya Umum ke 13 sudah lama berlalu, namun bahang dan baranya masih suam-suam. Pilihanraya Umum ke 13 memperlihatkan kuasa dan tindakan anak-anak muda dalam mengidami sebuah negara yang adil, demokrasi dan lebih baik daripada sebelumnya. Gerakan mahasiswa di seluruh negara juga tidak ketinggalan dalam keterlibatan pilihanraya umum pada kali ini. Ia mungkin boleh dikatakan sebagai suatu perkembangan yang sihat, memandangkan sebelum ini seringkali mahasiswa dianggap layu dan tidak mengendahkan isu-isu negara. Namun begitu, GEMPUR mendapati, gerakan mahasiswa makin hilang arah dan hampir tidak berpijak atas prinsip dan dasar sendiri. PRU 13 adalah salah satu contoh terbaik dalam memperlihatkan kekeliruan dan kecelaruan hala tuju gerakan mahasiswa termasuklah GEMPUR sendiri.

Justeru, bertitik tolak dari itu, selepas setahun lebih penubuhan GEMPUR, Kongres GEMPUR pada kali ke 2 ini amat perlu dianjurkan bagi menyemak kembali keberadaan dan hala tuju GEMPUR untuk menggerakkan mahasiswa-mahasiswa seluruh Pantai Timur ke arah membudayakan ilmu sebagai teras kehidupan insan selari dengan visi dan misi GEMPUR itu sendiri. Kongres kali ke 2 ini juga memperlihatkan pembentangan-pembentangan kertas kerja bagi memantapkan pemahaman kepada ahli-ahli dan mencari semula satu titik penyelarasan dalam memartabatkan hala tuju gerakan mahasiswa ke arah yang lebih baik.

Kongres sehari ini telah mengumpulkan mahasiswa dan mahasiswi yang berbeza latar belakang fahaman, bangsa, agama dan kampus lalu memberikan satu medium kepada mereka berbincang dan berdiskusi tentang hala tuju gerakan mahasiswa di peringkat Pantai Timur dan menyusun kembali pelbagai agenda yang perlu dibawa bagi menyokong matlamat GEMPUR yang ingin melihat golongan intelektual dan mahasiswa dimartabatkan semula oleh masyarakat, sekaligus menjadikan budaya ilmu satu budaya yang tidak asing.

Kongres ini juga telah menjemput beberapa wakil gerakan mahasiswa yang lain, pakar akademik dan juga aktivis rakyat untuk menjadi pemerhati, memberi pandangan, pendapat dan kritikan.

OBJEKTIF

  1. Menyemak kembali peranan, hala tuju dan matlamat GEMPUR dan mencapai satu resolusi yang terbaik
  2. Mengumpul idea dan kreativiti daripada kalangan mahasiswa Pantai Timur bagi merencanakan program-program bagi maksud mencapai visi GEMPUR.
  3. Memantapkan kefahaman dan keselarasan melalui tindakan dalam memupuk teras dan visi GEMPUR itu sendiri kepada ahli.
By Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Posted in Aktiviti

Menjejaki khazanah ilmu yang telah hilang

Image
          Umum mengetahui bahawa sejarah peradaban Islam telah membuktikan bahawa telah lahir ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam yang menyumbang dalam modernisasi dunia dan transformasi cara hidup manusia. Sebut sahaja, Ibnu Sina, Abu Qassim dan Ar-Razi, sudah pasti pembaca membayangkan kehebatan mereka dalam merintis ilmu & teknologi baru dalam bidang perubatan, pembedahan & farmaseutikal.Ibnu Khaldun yang terkenal dengan perintisan ilmu sosiologi moden yang membincangkan tentang falsafah kehidupan.Siapa yang tidak kenal al-Khawarizme, seorang ilmuan matematik yang memperkenalkan teori algebra dan trigonometri, yang menjadi sumber kepada pencetusan teknologi perkomputeran, yang jelas membantu kerja-kerja manusia pada hari ini.Sewaktu Eropah mengalami zaman kegelapan, gelap yang bermaksud kehidupan yang tiada prospek, kehidupan rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh pihak gereja sehinggakan para pemikir dan saintis yang mengeluarkan teori serta pendapat baru yang bertentangan dengan pihak gereja dibunuh dan diseksa, tatkala itu ilmu berkembang begitu pesat terutamanya di dalam peradaban Khilafah Abbasiyyah.
          Beberapa kota besar di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok dan Baghdad. Perbincangan akademik yang melibatkan tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etika, politik, fizik dan seumpamanya dibahas secara terbuka dan ilmiah. Kemunculan ahli-ahli fikir besar seperti  Al-Farabi, Ibnu Sina, Al-Biruni, Ibnu Miskawayh Ar-Razi, Al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, Ibnu Rusyd Ibnu Bajja, Ibnu Masarrah, Ibnu Tufail, dan Ibnu Khaldun. Mereka menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah, metafizik, fizik, matematik, etika, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
 Image
          Kehebatan ini telah diakui sendiri oleh orang Eropah.Philip K Hitti dalam bukunya The Arabs: A Short History menukilkan bahawa “Muslim Sepanyol menulis satu bab yang sangat cemerlang dalam sejarah intelektual abad pertengahan Eropah. Antara pertengahan 8 dan permulaan abad ke-13, orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab adalah pemegang utama cahaya budaya dan tamadun di seluruh dunia, melalui medium sains dan falsafah kuno telah dipulikanh,di atas dasar itulah yang menjadi penyumbang kepada kebangkitan eropah (renaissance of Western Europe)” (rujuk halaman 174-175)
Inspirasi kepada kebangkitan Eropah
          Di akhir-akhir zaman kegelapan Eropah, boleh dikatakan punca kepada kebangkitan para intelektual Eropah adalah akibat daripada kejayaan mereka menterjemahkan karya-karya & nukilan ilmuan-ilmuan Islam untuk dijadikan sebagai sumber rujukan utama.Karya-karya ilmiah berbahasa Arab diterjemah semula ke dalam bahasa Latin yang sewaktu itu pusat rujukan terdekat daripada tamadun Islam terletak di Cordova Sepanyol.Antara penterjemah Eropah yang terkenal sewaktu itu termasuk Adelard of Bath yang menterjemahkan buku-buku nukilan Al-Khawarizme dalam bidang matematik, Gerard of Cremona yang telah menterjemah hampir 92 buku-buku arab dan yang paling cemerlang adalah Gundissalines di mana beliau berjaya menterjemahkan beberapa bab dari kitab al-Syifa’ oleh Ibnu Sina, buku Ihsa al-ulum oleh al-Farabi, Risalat al-aqli Wa al-Ma’qul oleh al-Kindi, Maqasid al-Falsafah oleh al-Ghazali, dan yang terpenting, penterjemahan kitab nukilan Ibnu Rusyd yang membicarakan tentang hak asasi dan pemikiran tajdid sehinggakan lahirnya kelompok-kelompok baru di Eropah ketika itu seperti kumpulan pemikir bebas bukan profesional (a large body of improfessional free-thinkers) yang menafikan keabadian (immortality).Ini sekaligus telah mencetuskan penentangan dan kemurkaan daripada pihak gereja ekoran lahirnya falsafah-falsafah dan pemikiran baru yang menafikan penguasaan fahaman ortodoks gereja.
 Image
          Kaum wanita pula yang tertekan oleh pelbagai diskriminasi telah mendapat ilham dan semangat baru apabila membaca buku-buku Ibnu Rusyd mengenai wanita dan hak-hak mereka. Kesedaran ini telah menimbulkan gerakan feminisme dan ia dipelopori oleh Dubois di Perancis dan Ockham di England iaitu kira-kira dua abad selepas kematian Ibnu Rusyd. Menurut para pengkaji pengaruh Ibnu Rusyd setidak-tidaknya terus berpengaruh selama empat abad di Eropah.Banyak lagi cerita yang ingin penulis nukilkan di sini.Cukuplah sekadar bahawa bangsa Eropah bukan sahaja hebat dalam menterjemahkan karya-karya ilmu dari peradaban Islam, tetapi juga mereka berjaya menterjemahkannya dan melaksanakan ilmu itu dengan baik sekali sehingga ke hari ini. Penubuhan institusi-institusi ilmu seperti  Universiti Neples, Bologna, Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi zaman gelap, menuju ke zaman Renaissance (Kebangkitan). Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Realiti hari ini
          Realitinya hari ini, perkembangan pesat tamadun Eropah dan Barat jauh meninggalkan kita di belakang. Lihat sahaja dalam segala bidang seperti politik, ekonomi, sosial, alam sekitar dan lain-lain, tidak dinafikan hampir majoriti yang menjuarai bidang-bidang ini adalah daripada barat. Lihat sahaja dalam kebersihan, di manakah tempat yang jauh lebih baik dan cantik landskap bandar, perumahan dan alam sekitarnya jika bukan di negara-negara Eropah seperti kota London, Berlin, Paris dan Rom.Hakikatnya kita di nusantara, bahkan negeri yang dikuasai majoriti umat Islam adalah negeri yang paling tidak terjaga kebersihannya, sampah sarap merata-rata dan penjagaan alam sekitar yang tidak teratur. Dalam penjagaan alam sekitar, siapakah yang menjuarai bidang konservasi dan pemuliharaan hidupan liar jika bukan Barat? Dalam bidang politik dan sosial, bangsa manakah yang jauh terkehadapan lebih berintegriti, jika dibandingkan dengan kita? Lihat sahaja statistik yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI),saban hari negara-negara majoriti komuniti Muslim tidak berada di puncak teratas.Samada berada di pertengahan atau yang lebih banyaknya jauh ke terbelakang.Dalam bidang ekonomi pula, walaupun majoriti negara Muslim menguasai sebahagian besar hasil-hasil bumi dan sumber asli dunia, namun adakah kita berada di dalam kelompok penguasa ekonomi terbesar dunia seperti Amerika, Britain, China, Jepun & Korea Selatan? Bahkan sistem kewangan dan ekonomi dunia pun tidak mampu dikuasai dengan memperkenalkan sistem dinar emas.Jauh sekali dalam bidang sains & teknologi, realitinya kita masih menjadi pengguna dan pengimport teknologi, bukannya pencetus dan pencipta teknologi.Lalu di manakah kita?
          Bukankah Islam sangat menekankan elemen kebersihan? Dalam taharah (bersuci) pun, betapa ditekankan dengan teliti peri pentingnya amalan menjaga kebersihan. Islam juga turut menganjurkan penjagaan alam sekitar dan di dalam Islam sendiri bahawa alam sekitar itu adalah makhluk-makhluk Allah SWT yang perlu diuruskan dengan baik sebagaimana tanggungjawab penciptaan manusia sebagai khalifah.Bahkan di dalam konservasi sekalipun, yang merintis kaedah ini adalah daripada ilmuan Islam sendiri iaitu, Ibnu Abdus Salam yang merumuskan tentang hak-hak perlindungan haiwan dan konservasi haiwan.
Image
          Di dalam urusan politik (siyasah) dan pemerintahan, seringkali kita dengar ayat-ayat Allah SWT dan riwayat-riwayat hadith tentang betapa pentingnya urusan amanah, jujur, ikhlas, integriti dan perkaitan urusan pemerintahan dengan hari akhirat. Bahkan sebesar zarah sekalipun, apa yang dibuat di muka bumi ini akan diperhitungkan di akhirat kelak. Namun, pemerintah-pemerintah kaum muslimin hari ini adalah antara golongan terbesar yang memenuhi kerusi-kerusi korupsi dan penyelewengan.Begitu juga dengan sains & teknologi, tokoh-tokoh perintis ilmuan Islam yang disebutkan di atas, hampir kesemuanya adalah penghafaz-penghafaz al-Quran, yang menjadikan Al-Quran & As-Sunnah sebagai sumber primer rujukan, lalu diperkembangkan dalam bentuk realiti.
Kelemahan dan mencerna dan mengaplikasikan ilmu
          Apa yang penulis boleh simpulkan di sini, antara punca kita berada di belakang berbanding bangsa eropah adalah akibat kelemahan kita dalam mencerna dan mengembangkan ilmu pengetahuan.Salah satu puncanya, ilmu pengetahuan yang dibawa dari Timur Tengah ke wilayah nusantara tidaklah sebaik ilmu yang dibawa ke Eropah.Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang kita sifatkan sebagai sangat “akademik” pada hari ini berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.Nusantara menerima ilmu tatkala suasana kerajaan Abbasiyyah berada di peringkat kemunduran dan kehancuran akibat penaklukan Bangsa Tartar.Segala khazanah ilmu di kota Baghdad telah dilupuskan sehingga dikatakan Sungai Tigris menjadi hitam akibat daripada dakwat-dakwat buku & kitab yang dilupuskan ke dalam Sungai.Selepas penaklukan Bangsa Tartar, golongan sufi mengambil alih Islam.Mereka muncul dan menyelamatkan Islam lalu mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara.Pengembangan ilmu lebih berkisar kepada keagamaan dan kesusasteraan.Senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu lebih didominasikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini.Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.Ilmu sains & teknologi tidak diperkembangkan dan disampaikan dengan baik di sekitar wilayah ini. Penyampaian ilmu Islam secara kaffah hanya berlaku di sekitar akhir abad ke 19 dan 20.Lalu umat ini kebanyakan melihat Islam itu kurang izzahnya di dalam sudut ekonomi, politik, sains & teknologi yang menyebabkan kita terkebelakang.
Image
          Di tambah pula di budaya masyarakat kita sehingga ke hari ini, masih tidak mem’prioriti’kan ilmu sebagai budaya hidup. Jika adapun, ilmu hanya dijadikan sebagai alat untuk memenuhi keperluan dan kepentingan materialistik.Menuntut ilmu di sekolah sehingga ke peringkat universiti, tujuan utamanya adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk mendapatkan kerjaya yang hebat, gaji yang besar, rumah yang mewah, kenderaan yang mahal, kedudukan yang baik di dalam masyarakat dan sebagainya. Takrifan ilmu itu sendiri telah disalahertikan, ilmu yang sepatutnya menjadi petunjuk ke arah kebenaran, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan ke arah cahaya, ditukar kemaslahatannya untuk kepentingan individualistik dan materialistik.Tatkala barat sedang aktif memperkenalkan teknologi-teknologi baru, kita masih terhegeh-hegeh menghadam ilmu dan teknologi mereka.Silibus-silibus ilmu yang adapun kebanyakannya diimport dari barat.Walhal realitinya sumber Barat itu, datangnya daripada apa yang kita miliki sekarang.
Perbetulkan mentaliti
          Tujuan penulis menceritakan semula sejarah & realiti peristiwa ini adalah untuk mengajak kita kembali melihat di manakah kedudukan sebenar kita di dalam penguasaan ilmu? Bukankah ilmu itu antara perkara yang sangat penting sekali dalam Islam. Namun, penguasaan kita jauh keterbelakang. Tidak kira, ilmu agama, kejuruteraan, fizik, biologi, kemanusiaan, sosial, seni, teknologi dan bermacam-macam disiplin ilmu yang ada di dunia ini, semuanya wajib dikuasai oleh umat Islam dan inilah yang akan mengeluarkan kita daripada belenggu kegelapan. Sudah tiba masanya kita mencorak kembali pemahaman kita terhadap ilmu, daripada tujuan materialistik dan kepentingan individu, kepada ibadah & amalan untuk akhirat.Adakah ilmu sains & teknologi yang kita belajar di universiti ini tiada kaitannya dengan Tuhan? Jawapannya, tidak. Yang menjadi masalahnya adalah mengapa kita tidak mengaitkan ilmu yg dipelajari itu dengan Ketuhanan dan Ketauhidan? Bukankah segala ilmu yang ada di muka bumi ini adalah hakmilik Allah SWT? Di manakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan? Di manakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang teori fizik dan biologi? dan dimanakah letaknya Tuhan tatkala kita mempelajari tentang ekosistem alam sekitar? Sudah tentu, jika pemahaman ini diubah, kita akan menjadi khalifah yang akan menguruskan alam ini berdasarkan ilmu yang dimiliki dan membantu mensejahterakan serta melestarikan alam.Kerana ilmu itu adalah satu amanah, bukannya alat. Jangan salahgunakan ilmu.
          Penulis ingin menamatkan nukilan ini dengan menceritakan tentang seorang pakcik tua yang bercermin mata. Pada suatu hari, lelaki tua ini tercari-cari di manakah cermin matanya diletakkan, sejam, dua jam, masih tidak ketemuan. Akhirnya isterinya memberitahu bahawa cermin matanya terletak pada atas dahinya. Ia tidak hilang ke mana-mana.Begitu juga dengan ummah pada hari ini, kita sibuk mencari ilmu-ilmu daripada barat, sibuk mencari apakah punca barat menjadi hebat seperti hari ini? Adakah cara pemakanan mereka? Cara sosial mereka? Cara fesyen mereka? Cara pemikiran mereka? Sedangkan kita tidak tahu bahawa khazanah yang paling bernilai itu telah ada pada kita, yakni Al-Quran & As-Sunnah. Hanya yang menjadi penghalangnya adalah kelemahan kita dalam mentafsirkan dan mengaplikasikannya dalam bentuk realiti, lebih lebih lagi dalam kondisi dunia yang moden ini.
          Kesimpulannya, kejayaan para ilmuan Islam pada zaman dahulu adalah akibat daripada kesungguhan mereka dalam menggali & mengembangkan ilmu yang bersumber daripada penjiwaan terhadap Al-Quran & As-Sunnah.Semoga bermanfaat dan selamat beramal.

 

Artikel oleh: Mohamad Hafizudin, University of Bristol

Apakah kuasa ketiga tidak mendapat tempat dalam politik di negara kita?

Image

(foto: Fahmi Reza)

Apabila membicarakan tentang politik negara, saya pasti, masyarakat politik Malaysia akan memikirkan tentang dua sahaja, yakni Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Jika kamu mengeluarkan pandangan dan pendapat yang berkontradiksi dengan hegemoni pemerintah, kamu akan dicap sebagai pro-pembangkang, begitu juga sebaliknya. Pandangan politik yang neutral, tidak bias dan bersifat menghentam kedua-dua belah pihak susah untuk diterima dan diiktiraf. Ini melahirkan satu sentimen yang sempit, seolah-olah, dunia politik Malaysia, hanya terhad kepada hegemoni Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Luar daripada lingkaran itu, kamu akan dikatakan tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Apabila membicarakan tentang kuasa ketiga ataupun dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ‘3rd Force’, pasti yang bermain di fikiran kita adalah kumpulan-kumpulan indipenden yang tidak berpihak kepada mana-mana parti. Kumpulan ini berfungsi untuk melakukan ‘check and balance’ kepada tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan pembangkang bagi memastikan kemaslahatan rakyat terjaga. Namun, di negara ini, ‘check and balance’ hanya berlaku antara pembangkang dan juga kerajaan sahaja, bukannya tiada golongan ketiga, tetapi suaranya tidak kuat dan tidak mendapat tempat dalam pandangan umum, hanya beberapa kerat sahaja masyarakat politik yang memberikan perhatian terhadap pandangan golongan ketiga ini,jika pandangan itu selari dengan wadah politik parti mereka, barulah diterima.

Bulan yang lepas, saya berkesempatan bersemuka dengan penulis blog yang tidak asing lagi dalam dunia politik Malaysia, Raja Petra Kamaruddin di London, seorang aktivis yang banyak mengundang kontroversi dan banyak juga mencelikkan mata masyarakat Malaysia tentang integriti perjalanan politik tanah air. Sebelum ini, saya hanya mengenalinya sebagai seorang aktivis Pakatan Rakyat, yang mungkin telah banyak memberi pengaruh dan faktor kemenangan terhadap PR sewaktu Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Mungkin tidak pernah berjumpa sebelum ini, maka saya tidak mengenalinya dengan lebih dekat lagi dan tidak jelas tentang pendirian politik beliau. Kali terakhir saya mendengar perkhabarannya, dia menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu, pada firasat saya yang dangkal, mungkin beliau sudah berubah parti. Jauh sekali ingin mengingatkan bahawa beliau adalah golongan ketiga. Tidak perlu saya bicara panjang tentang peribadi dan pandangan politiknya, cuma idea perbincangan yang telah beliau kongsikan adalah tentang betapa pentingnya peranan golongan ketiga dalam mengimbangi perjalanan politik negara.

Ya, di negara-negara lain, golongan ketiga adalah golongan yang paling penting peranannya dalam hal ini, di UK sendiri, kekuatan golongan ketiga sangat ditakuti oleh ahli-ahli politik. Kebanyakan dasard-dasar negara banyak ditentukan oleh tekanan yang diberikan oleh golongan ketiga ini. Siapakah golongan ketiga? Golongan ketiga ini tidak terhad kepada aktivis politik semata, ia termasuklah golongan mahasiswa, golongan akademik, golongan cendekiawan, golongan seni dan sasterawan, golongan budayawan dan macam-macam golongan yang tidak berparti. Mereka ini memberikan tekanan dalam berbagai bentuk, tidak hanya kepada kerajaan, tetapi juga pembangkang, dalam memastikan urusan negara dijalankan dengan baik.

Di Malaysia, lain pula nadanya, percambahan NGO-NGO yang baru, yang sepatutnya menjadi golongan ketiga, sangat rapat kaitannya dengan parti politik, seakan-akan mereka tidak boleh hidup dengan survival sendiri. Manakan tidak, sokongan, samada darisegi sokongan masyarakat ataupun kewangan, semua pada akhirnya akan bergantung kepada parti. NGO-NGO bergerak dengan sumber yang agak terhad, yang menjadi kekuatan mereka adalah idea. Maka ketika inilah bagaimana kita perlu mengumpulkan dan mengaturkan kekuatan ini bagi membentuk sebuah kuasa ketiga yang kuat dalam mengimbangi perjalanan politik negara. Mahu atau tidak mahu, kita perlu bergerak bebas, kita boleh katakan pembangkang akan menjadi ajen semak dan imbang dalam politik negara. Kita katakan, tidak! Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU-13 nanti, adakah UMNO & BN akan menjadi ejen semak dan imbang yang baik? Barangkali mungkin, namun di peringkat PR, adakah mereka akan menerima tekanan dan idea daripada pembangkang yang baru? Saya yakin, pandangan dan persepsi politik hari ini, mereka tidak lagi membicarakan tentang idea, tetapi tentang label. Walaupun sebaik mana idea yang diutarakan oleh pihak lawan, tetapi, selagi label partinya ada di situ, selagi itulah ia tidak akan mengambil tempat. Misalnya, idea yang baik datang dari orang UMNO, tetapi tidak diterima, sebab apa? Sebab dia UMNO. Sebab label dia UMNO, jadi segala yang datang daripada UMNO, perlu ditolak.

Kita perlu tahu tentang psikologi dan sains politik. Secara umunya, ahli politik ini ada 3 premis dan kepentingannya. Satu, kepentingan parti perlu dijaga, dua kepentingan peribadi juga perlu dijaga dan ketiga, kepentingan rakyat perlu dijaga. Jika berada pada premis parti, apabila beliau menjawat sebarang jawatan negara yang dimanahkan oleh rakyat, sudah tentu prioriti perlu diberikan pada kepentingan rakyat. Soalnya sejauhmana ahli politik kita mampu menguruskan kepentingan-kepentingan ini pada premisnya yang betul? Korupsi dan salahgunakuasa tidak akan berlaku jika mereka benar-benar mengamalkan integriti, misalnya, sewaktu merasmikan projek pelancaran jambatan, beliau tidak boleh langsung berkempen dan menggunakan label parti, kerana premisnya sebagai penjawat kerajaan, bukan pengempen parti. Dan sejauhmana ahli politik kita dapat memfokuskan perbincangan pada kemaslahatan rakyat di dalam parlimen, daripada terus membazirkan masa berdebat tentang ideologi parti dan kepentingan parti masing-masing. Saya sebagai rakyat biasa, apabila menonton siaran di Parlimen, saya rasa muak dan jelik kerana ahli-ahli parlimen tersebut sibuk dan menyalahgunakan premis parlimen untuk bertelagah tentang parti masing-masing, berdebat kerana ideologi dan dasar parti masing-masing, berapa keratkah agenda rakyat yang dibicarakan? Rakyat tidak ambil peduli agenda parti kamu, yang rakyat peduli adalah kebajikan dan kemaslahatan mereka terjaga. Apa signifikannya isu Projek Babi Negara, PAS berkerjasama dengan DAP, Rosmah tak pakai tudung, dan isu-isu bodoh yang lain dibincangkan di dalam parlimen? Ya, benda ini terjadi, sebab apa? Sebab tiada sesiapa yang memberi tekanan. Kita hanya menyerahkan 100% urusan kita kepada ahli parlimen melalui sistem ‘representative democracy’, yang selainnya, biarlah mereka uruskan.

Maka, di sini, kita lihat betapa signifikannya peranan golongan ketiga ini, memberi tekanan dan mengajar ahli-ahli politik ini, supaya mengamalkan integriti di atas. Peranan golongan ketiga ini sangat-sangat penting di dalam Malaysia, sebuah negara yang membangun pesat. Golongan inilah yang akan mengajar ahli politik supaya buat kerja, bukan hanya beretorik dan bermain sentimen sahaja untuk dapatkan undi. Golongan inilah yang mampu mengurangkan ‘superiority’ ahli politik supaya mereka tidak sewenang-wenangnya berbuat apa sahaja yang mereka suka.

Sebagai mahasiswa, saya sedih dengan corak pergerakan mahasiswa hari ini, golongan yang celik politik tidak benar-benar membantu. Mereka hanya memperjuangkan apa yang parti perjuangkan. Kata-kata mereka, hujah mereka, idea mereka tidak ubah seperti ‘copy n paste’ daripada apa yang ahli-ahli politik hujahkan. Mahasiswa seharusnya menjadi lebih jauh daripada itu, mereka perlu ada indentiti tersendiri, perlu ada idealisme tersendiri dan semestinya mereka juga ada kekuatan tersendiri. Kalangan aktivis masyarakat juga perlu bergerak sendiri tanpa bergantung banyak kepada parti politik. Mereka tidak boleh berhutang dengan parti, kerana terhutang budi hanya akan mengubah prinsip indipenden mereka. Golongan ketiga ini harus menjadi pergerakan masyarakat sivil. Tujuan dan kepentingan mereka tidak lain selain memperjuangkan agenda rakyat, bukan agenda parti. Dan yang paling penting, golongan ini harus kekal konsisten dalam memastikan segala urusan rakyat dijalankan dengan penuh integriti. Namun, fungsi golongan ketiga ini bukan hanya terhad kepada partisipasi dalam sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada, ada juga pergerakan independen yang bergerak di luar sistem seperti #Occupy movement yang sedang bercambah di seluruh dunia sekarang ini. Golongan ini juga perlu diiktiraf peranannya kerana mereka mengutarakan idea perubahan yang struktural dan terkadang lebih relevan berbanding sistem yang sedia ada.

Ini antara idea yang sempat kami kongsikan sewaktu perbincangan kami. Penubuhan Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM) oleh Raja Petra yang mengumpulkan aktivis-aktivis masyarakat dari pelbagai bidang untuk ‘3rd force movement’ ini adalah satu langkah yang optimis bagi merealisasikan agenda ini. Dan dikhabarkan pergerakan ini sudah berjaya mengumpulkan ramai aktivis-aktivis yang komited untuk berperanan untuk melakukan kuasa yang baru untuk masa yang akan datang. Saya mengharapkan lebih banyak lagi percambahan gerakan-gerakan sebegini, terutamanya daripada kalangan mahasiswa. Dan perlu diingat, menjadi neutral ataupun golongan ketiga, bukannya satu kesalahan, bukannya satu kemunafikan dan bukannya memilih antara syurga dan neraka. Kebenaran itu tidak berparti dan tidak dimiliki oleh mana-mana kelompok sahaja. Kalau kamu katakan golongan ketiga ini menjadi agen yang ditaja musuh kamu kerana pandangannya kerkontradiksi dengan fahaman dan ideologi parti kamu, maknanya ada sesuatu yang tidak betul dalam fikiran kamu dan perjuangan kamu.

Artikel ditulis oleh:

Mohamad Hafizudin, University of Bristol (Bekas Setiausaha GEMPUR)

Kapitalisme: Kejelikannya dalam tamadun manusia


Oleh: Nurul Nadia Abdul Rashid (Setiausaha GEMPUR)

Seringkali masyarakat hari ini disogokkan dengan satu tanggapan bahawa sistem ekonomi kapitalisme adalah yang terbaik bagi mencapai pembangunan dan ketamadunan sesuatu negara. Bahkan kapitalisme sering dikatakan berjasa dan telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara, masyarakat serta sosio budaya setempat. Barangkali ia seolah benar apabila dilihat projek-projek mega di bandar-bandar besar, pencapaian kecanggihan teknologi serta keuntungan berlipat ganda saham yang diniagakan di pasaran global seolah menyokong tanggapan tersebut. Namun, adakah rata-ratanya masyarakat kita sedar dan memahami secara tuntas definisi kapitalisme? Bagaimanakah sejarah pengaplikasiannya? Apakah ciri-ciri sistem ini? Apakah kesan-kesan jangka masa panjang kepada pembinaan masyarakat umum? Persoalan-persoalan ini sebenarnya nampak ringkas dan mudah diulas tetapi ia penting dan perlu dibangkitkan bagi memahami letak duduknya sistem ini di dalam kerangka pembinaan negara. Juga supaya masyarakat umum dapat memahami secara mendalam dan tidak mudah melatah dan meyakini sistem ini lantas mencalar modal insan sendiri.

Kapitalisme boleh diterjemahkan sebagai suatu sistem ekonomi bebas yang mensasarkan pengumpulan kekayaan seorang individu (tidak semestinya orang perseorangan) yang bermatlamatkan keuntungan dalam apa jua cara tanpa campur tangan kerajaan atau pihak berkuasa. Dengan ini dapatlah difahami bahawa sistem ekonomi ini terpisah daripada pemerintahan politik penguasa. Asalnya istilah “kapital” (capital) adalah daripada perkataan Latin “caput” yang beerti kepala. Pada zaman Romawi kuno, kekayaan para penduduknya diukur daripada pemilikan “kepala” haiwan ternakan. Justeru, “capital” diterjemahkan kepada kata “modal” dan penggunaan istilah tersebut telah digunakan secara meluas sehingga hari ini. Manakala, perkataan “isme” pula memberi makna “faham”, “ideologi”, cara pandang atau ringkasnya menunjukkan ideologi pemikiran sesuatu tamadun bangsa yang dibudayakan oleh mereka sebagai satu cara hidup untuk diterjemahkan dalam aktiviti seharian. Maka, dari dua istilah “kapital” dan “isme” menjadi satu terbitan kata kapitalisme lalu didefinisikan sebagai satu pemikiran yang diterima dan dibudayakan oleh sesuatu bangsa yang cenderung untuk mengumpulkan kekayaan bermatlamatkan keuntungan semata. Kapitalisme juga boleh difahami sebagai satu sistem sosial yang mementingkan hak persendirian (individual) yang tidak boleh dinafikan oleh individu lain. Ini disokong oleh kenyataan Adam Smith yang terkenal sebagai “Bapa Kapitalis” telah menghujahkan di dalam bukunya yang berjudul “An Inquiry Into The Nature & Causes of The Wealth of Nation” mengatakan bahawa:

“dengan memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan sepenuhnya harta, pendapatan dan kebolehan masing-masing, maka akan dapatlah membina suatu perlumbaan ekonomi seterusnya memberi kemakmuran kepada masyarakat.” (Wan Baharuddin Wan Mamat, 1995).

 

Berdasarkan hujahan ini, jelas menunjukkan bahawa idea yang dibawa oleh Adam Smith mensasarkan kepada kepentingan pemilikan harta secara individual mengatasi kepentingan pemilikan masyarakat awam secara keseluruhannya. Penulis juga melihat kenyataan ini sebagai promosi dunia ekonomi kepada persaingan individu di mana pengumpulan kekayaan seseorang individu itu adalah atas kapasitinya sendiri tanpa melihat kepada kepentingan masyarakat.

300027_247028465332595_1511160174_n

Hadirnya Pemikiran Kapitalisme

Sebelum kapitalisme merebak ke dalam setiap tamadun global sehingga hari ini, sistem feudal beraja menjadi pokok utama ideologi masyarakat khususnya di Eropah pada pertengahan tamadun Barat (The Dark Age). Sejarah yang tertulis menceritakan kekejaman pemerintah Eropah kepada rakyatnya sendiri melalui pembayaran cukai yang tinggi, rampasan harta pemilikan individu, pembunuhan rakyat yang ingkar dan pelbagai lagi kekejaman serta penafian hak asasi manusia telah menyebabkan munculnya pemikiran ideal kapitalisme dalam membantah secara keras sistem feudal tersebut. Justeru, boleh dilihat bahawa hubungan-hubungan sosial dalam masyarakat feudal merupakan hubungan-hubungan penguasaan dan penaklukan di mana pihak penguasa (tuan-tuan feudal) bebas merampas serta menakluk sebahagian besar sumber tanah harta perseorangan atau pemilikan harta lainnya seperti apa yang dikehendaki. (Muhammad Salleh, Sept 2002). Responsifnya, idea kapitalisme yang terawal digagaskan oleh 3 orang ahli falsafah Greek (Hobbes, Locke dan Resseau) sekitar tahun 1773 di mana mereka melihat bahawa jurang diantara golongan kaya dan miskin dalam sistem feudal dapat diminimumkan sekiranya para peniaga bebas menentukan kawasan perniagaannya dan sumber bekalan bahan mentahnya sendiri. Idea ini tentunya sedikit longgar dan dilihat elemen-elemen kapitalis seolah tidak logika. Sungguhpun begitu, kerangka kapitalisme Adam Smith yang disusun pada tahun 1776 di dalam bukunya The Wealth of Nation membuka satu lembaran baru dan mungkin boleh dikatakan sebagai panduan idea kapitalisme yang lebih kemas dan rapi.

Kapitalisme Hanya Satu Ilusi?

Kupasan definisi dan sejarah asal munculnya kapitalisme di atas mungkin telah membawa pembaca kepada beberapa persoalan penting yang ingin diunjurkan oleh penulis sendiri, iaitu apakah kejelikan dan kelemahan sistem ini? Sememangnya kapitalisme seolah-olah sudah menjadi darah daging dan satu nilai kepercayaan serta pegangan masyarakat Islam hari ini. Usaha tokoh-tokoh kapitalisme seperti David Ricardo, Friedman, Hayek, Mises, Rand dan sememangnya Adam Smith (sekadar menyebut beberapa nama) telah berjaya membawa satu perubahan dan dimensi baru dalam masyarakat moden hari ini walaupun fahaman sosialisme Karl Marx pernah cuba untuk menafikan dan mengambil alih pengimplementasian kapitalisme dalam dunia ekonomi. Namun begitu, kekaguman ummat manusia terhadap ideologi ini yang kononnya merupakan nadi tulang belakang kepada pembangunan dan pembinaan negara amat menjengkelkan penulis. Penipuan demi penipuan yang ditutup dengan kesejahteraan ekonomi dan kewangan masa kini seperti sudah sampai ke penghujungnya. Sehinggakan dunia pernah dikejutkan oleh kegagalan sistem kapitalis ini di mana harga saham jatuh merudum di pasaran saham bermula pada 4 September 1929 sehingga ia menjadi tajuk utama dunia pada ketika itu. Dikenali sebagai “The Great Depression” yang berlaku pada sekitar tahun 1930 – an selama lebih 5 tahun semasa Perang Dunia Kedua di Amerika Syarikat itu menyebabkan institusi perbankan tidak berfungi, kilang-kilang tekstil ditutup, kadar pengangguran meningkat, nilai matawang jatuh dan pelbagai implikasi lainnya, jelas menunjukkan tanda-tanda bahawa kapitalisme seolah sudah sampai ke pengakhirannya. Terbaru, jangkaan pakar-pakar ekonomi dan kewangan mengatakan bahawa dunia kini berdepan dengan satu krisis kewangan yang lebih besar dan maha dahsyat lagi kerana ia melibatkan globalisasi ekonomi yang memungkinkan negara-negara lain juga akan terkena tempiasnya selain Amerika Syarikat. Krisis ekonomi yang berlaku ini sedikit sebanyak mampu mendedahkan kejijikan dunia kapitalis yang sudah sekian lama memacu tamadun manusia sehingga ke hari ini. Justeru, hal ini bolehlah dikatakan bahawa sistem ini hanyalah satu ilusi cantik di luar yang berjaya mengelabui mata masyarakat secara umumnya.

Kejelikan Kapitalisme

Berlakunya Revolusi Perindustrian seawal tahun 1848 di mana para kapitalis bertindak mencari sumber-sumber alam semulajadi bagi mendapatkan bahan mentah untuk pemprosesan kilang-kilang mereka sekaligus membuka peluang pasaran baru dalam dunia ekonomi. Ia nampak mudah sekiranya tanah yang kaya dengan sumber galian itu di bawah jajahan mereka. Namun, pemimpin-pemimpin lain yang telah membina tamadun di benua-benua tersebut telah membantutkan usaha para kapitalis ini dalam menyebar luaskan pengaruh perniagaan mereka dalam erti kata memberi keuntungan berlipat kali ganda. Justeru, satu-satunya jalan penyelesaian kepada permasalahan ini pada ketika itu adalah dengan metodologi perang terhadap penguasa-penguasa tersebut bagi merebutkan sumber alam yang akan digunakan. Secara ringkasnya, implikasi kejelikan kapitalisme ini dapat dilihat apabila dua blok yang memenangi peperangan ini ialah Blok Neo Kapitalis (diterajui oleh AS) dan Blok Komunisme yang diketuai oleh Rusia menyebabkan perpecahan yang terjadi antara Korea Utara-Selatan, Vietnam Utara-Selatan, Jerman Barat-Timur, penghapusan etnik Uygur serta pelbagai lagi dampaknya yang menjelikkan. (Muhammad Nuruddin Bashah, April 2008). Justeru, jelas bahawa sistem kapitalisme yang kononnya menjadi punca kepesatan pembangunan ekonomi dan dunia kewangan hari ini sebenarnya telah memakan korban hampir beribu malahan jutaan nyawa dan memangsai golongan lemah serta menindas mereka hanya kerana kepentingan bagi memonopoli sumber bekalan bahan mentah.

 Siri pembongkaran kejelikan kapitalisme ini tidak sampai di situ sahaja apabila John Perkins, seorang penyangak ekonomi profesional yang diupah oleh Amerika Syarikat telah membuat satu pengakuan bertulis di dalam bukunya “The Confession of An Economic Hit Man” di mana beliau menjelaskan bagaimana pembunuh ekonomi yang mencari prospek baru sebagai pakar-pakar ekonomi profesional ke negara-negara yang kaya dengan sumber asli dan bahan mentah. Mereka membawa bersama unjuran-unjuran pembangunan ekonomi serta data statistik yang menyokong prospek pembinaan ekonomi negara tersebut sekiranya projek-projek mega dilaksanakan mengikut perancangan mereka. Lantas mereka bertindak meyakinkan para pemimpin negara-negara tersebut supaya mempertimbangkan unjuran ekonomi yang dibentangkan bagi melaksanakan projek-projek mega tersebut. Dana projek akan dibiayai oleh pinjaman daripada Bank Dunia dalam satu jangka masa yang panjang dengan syarat kontrak pembinaan tersebut diberikan kepada syarikat-syarikat di Amerika. Ini seolah-olah mengikat negara-negara tersebut kepada kepentingan Amerika dalam jangka masa yang panjang.

Demikianlah elemen kapitalisme serta modal menjadi peranan utama dalam siri penipuan ini. Pengumpulan kekayaan atau keuntungan sesuatu pihak adalah “halal” sekalipun penipuan perlu dilakukan atas nama kebebasan menggunakan harta pemilikan dan menyebar luaskan pengaruh perniagaan. Impaknya dapat dilihat apabila kebanyakan negara-negara seperti Indonesia, Arab Saudi, Ecuador, Mexico serta beberapa negara lainnya tersepit dengan tanggungan hutang yang banyak lalu mereka dijadikan “hamba” ekonomi kepada Amerika dan sistem kapitalis secara umumnya. Golongan kapitalis ini seolah-olah dapat dilihat sebagai seorang pemain boneka yang memandang ke bawah melihat masyarakat awam sebagai tenaga buruh yang perlu memikul bebanan mereka untuk menggandakan keuntungan milik premis-premis mereka.

Sistem kapitalisme dengan perlaksanaan riba adalah suatu kejijikan yang paling nyata dalam sejarah ketamadunan manusia dan tidak memerlukan penjelasan yang panjang dalam menyatakan keburukan riba ini. Kapitalisme seolah-olah dikatakan mati tanpa sistem riba. Ia datang sebagai satu pakej yang sempurna dan menjadi tunjang teguh yang mendasari kemandirian kapitalisme sekian lama lalu memangsai golongan-golongan ekonomi bawahan dan menyebabkan golongan kaya semakin terus memiliki kekayaan dan golongan miskin makin dihimpit kesesakan nafas kemiskinan. Hampir semua agama yang wujud dalam dunia ini telah mengharamkan riba’ tetapi benda paling ditegah itulah yang berlaku dengan terang-terangan dalam kehidupan seharian kita (dalam sistem kapitalis), malah telah berjaya dikosmetikkan dengan terminologi yang indah seperti ‘interest’ dan ‘bunga’ (Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Nov 2008). Walau apa pun namanya, riba sudah sememangnya diharamkan secara jelas di dalam Al-Quran melalui Surah Al-Baqarah, ayat 275 yang bermaksud:

“ …. Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba…”

Ayat 278 – 279 dalam surah yang sama juga menyatakan bahawa:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).”

Masyarakat umum sering melihat sistem kapitalisme sebagai satu penyelesaian masalah bagi membina sebuah tamadun manusia yang hebat dan maju dengan slogan-slogan penipuan hebat seperti peningkatan produktiviti tenaga kerja, mengoptimumkan pengeluaran produk, efektifnya penggunaan sumber dan pelbagai lagi. Namun begitu, kebobrokan dan kejelikan sistem ini sebenarnya berjaya ditutup rapi dan kemas sehingga keindahannya mengatasi rupa hodoh dibelakangnya. Beberapa siri kejelikan sistem kapitalisme yang dikupas secara ringkas oleh penulis di dalam artikel ini bertujuan untuk mendedahkan penipuan-penipuan para kapitalis secara umumnya dan memperlihatkan kepada pembaca kejijikan sistem ini kepada tamadun manusia sebagai perilaku yang salah dan menindas. Justeru, penulis berani menyatakan bahawa sesiapa yang masih menyokong dan meyakini bahawa sistem ini adalah yang terbaik seolah-olah seperti bersetuju dengan siri penipuan para kapitalis, menyokong penindasan peperangan dunia dan mengikut hawa nafsu halobakan keuntungan duniawi sambil berterusan mengenepikan peranan akhirat sebagai matlamat hidup bagi seseorang yang beragama Islam. Bagi non Muslim pula, tingkah laku sebegini jelas menongkah arus integriti seorang manusia normal bahkan di dalam mana-mana agama sekalipun di dunia ini melarang penganutnya daripada bertuhankan nafsu tamak, pembohongan serta penindasan manusia amnya, malah menggalakkan kerjasama, bantu membantu dan sentiasa bersaudara atas ikatan perikemanusiaan.

Sumber:

1)     Adam Smith, An Inquiry Into The Nature And Causes Of The Wealth Of Nations, The Electronic Classics Series, Jim Manis, 2005

2)     Eka Sari Handayani, Pengaruh Krisis Ekonomi Dunia (Malaise) Terhadap Pergerakan Nasional, Universitas Negeri Jakarta, Mei 2012

3)     John Perkins, Confessions of An Economic Hit Man, Berrett-Koehler Publishers, 2004

4)     Kapitalisme, Koleksi Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-isu Global (MTP3303)

5)     Muhammad Nuruddin Bashah, Kebangkitan Sosialis & Kapitalisme; Asal Sejarah Yang Sama & Implikasi Yang Sama, April 2008

6)     Muhammad Nuruddin Bashah, Konsep Ekonomi Islam Yang Bercanggah Dengan Ekonomi Berasaskan Ideologi Barat, April 2008

7)     Muhammad Salleh, Apakah Sistem Kapitalisme, September 2002

8)     Sheikh Abdullah Basmeih, Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al-Quran (30) Juz, Darul Fikir, Mei 2001

9)     Rahsia Di Sebalik Krisis Ekonomi, Arkib Utusan Malaysia, Mac 2009

10)  Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Penyakit Hubris Empayar Amerika, Milenia Muslim, November 2008

11)  http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalisme

12)  http://en.wikipedia.org/wiki/Great_Depression

‘LISTEN, LISTEN, LISTEN’ : Kemuncak Pembonsaian Minda

Pendidikan pada umumnya adalah satu proses memperkembangkan pertumbuhan dan membentuk peribadi seseorang individu dalam segala aspek kehidupannya termasuklah bidang intelektual, sosial, fizikal, kerohanian, estetika dan moral.

Namun, sebaliknya yang berlaku pada sistem pendidikan Malaysia pada hari ini terutama ketika merujuk kepada sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi, telah berlaku pencabulan ke atas kesucian dan kebebasan akedemik itu sendiri, walaupun sepatutnya mahasiswa itu perlu dididik untuk berfikir dan mencabar ilmu yang disampaikan oleh pensyarah dan ahli akademik.

Isu ‘LISTEN, LISTEN, LISTEN’ yang hangat diperkatakan sekarang ini bukan sahaja berkisar terhadap sikap seorang pemimpin wanita memperlekehkan suara mahasiswi, tetapi ia lebih jauh daripada itu. Isu ini adalah kemuncak kepada beribu lagi projek-projek pembonsaian minda yang dilakukan di dalam universiti kita yang dilakukan secara Gambar dari page Facebook Listen Listen Listen Listen Listen Listen Listendouble-standard. Mahasiswa yang bersuara dan mengeluarkan idea yang kritikal dan bertentangan dengan polisi kerajaan, akan kerap dihukum dan dilabel bukan-bukan seperti tidak beradab, penyokong kekacauan, penggugat keamanan, pembangkang dan macam-macam lagi.

Ditambah lagi dengan tekanan dan sikap sinikal pentadbir terhadap mahasiswa yang lantang bersuara ini. Ini sekaligus melahirkan anak muda yang takut mengekspresikan diri dan takut menyuarakan idealisme tersendiri.

Seharusnya, perbezaan pendapat ataupun idea ini haruslah diraikan serta dihujah dengan cara hujah dibalas hujah dan bukannya dimalukan, diperlekehkan serta diaibkan hanya kerana idea dan pandangan yang dilontarkan itu berbeza dengan apa yang kita percaya dan fahami.

Merujuk kepada sepotongan ayat dalam surah Al-Hujurat ayat 11, yang bermaksud,

“Wahai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum memperlekeh kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yang diperlekehkan lebih baik daripada mereka, dan jangan pula wanita-wanita memperlekeh wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita-wanita yang diperlekehkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah memperoleh iman”.

Perbezaan pendapat adalah perlu bagi mengelakkan sebuah penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengagumi pendapat sendiri yang bagaikan wabak berbahaya yang sedang menjalar dalam urat-saraf umat, yang mampu untuk menghacurkan sesebuah bangsa dan masyarakat.

Apa yang lebih menyedihkan, mahasiswa “YES MAN” dan mengikut sahaja perintah pentadbir akan diangkat sebagai ‘hero’ dan contoh kepada mahasiswa lain. Sehingga dikatakan mereka lah yang benar tanpa memberi ruang langsung kepada individu lain melontarkan idea, apatah lagi mengizinkan idea-idea yang bercanggah dari apa yang diajarkan kepada mereka ini untuk masuk ke dalam saraf pemikiran mereka untuk difikirkan walaupun sejenak. Dengan melihat bagaimana layanan terhadap mahasiswa yang mempunyai buah fikiran berbeza dari aliran arus perdana ataupun pendapat yang berbeza dari golongan pemerintah yang berkepentingan ini, boleh kita  katakan bahawa negara kini mahu melahirkan mahasiswa yang berfikir dengan satu saluran sahaja.

Sampai bilakah kerja-kerja memperlekehkan orang muda serta usaha membonsaikan minda mahasiswa harus berterusan? Berikan kebebasan kepada mahasiswa untuk berfikir dan mencari kebenaran, bukan menentukan tentang bagaimana untuk berfikir begitu begini. Berikan peluang kepada mahasiswa untuk menyampaikan serta meluahkan pandangan mereka biarpun pandangan mereka itu berbeza ataupun mentah, kerana mahasiswa adalah golongan terpelajar yang sedang belajar, malah mereka inilah yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Raikanlah perbezaan orientasi dan pendapat.

(GEMPUR mewakili front-front daripada kampus sekitar pantai timur bersolidariti dan menyokong penuh saudari Bawani, mahasiswi Universiti Utara Malaysia yang tidak takut untuk berkata benar dan meluahkan pendapat beliau secara terbuka di hadapan mereka-mereka yang tidak faham apa itu falsafah ilmu. GEMPUR juga menuntut, Presiden Suara Wanita 1Malaysia untuk bersikap lebih dewasa dengan memohon maaf secara terbuka kepada saudari Bawani. Tahniah Bawani, lebih baik diasingkan, dari menyerah kepada kemunafikkan.)

Oleh : Azlan Shaheed Zurain B Tuming & Ikhwan Syafaat B Jalaini

Pilihanraya Kampus: Mahasiswa, Pemimpin & Sistem

Saban tahun, kampus-kampus universiti di Malaysia disajikan dengan senario pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk tahun tersebut. Ia bukanlah suatu fenomena baru yang harus diladeni oleh mahasiswa dan mahasiswi, malah boleh juga ia dikatakan sebagai satu “perayaan” universiti. Mana tidaknya, kemeriahannya boleh dirasai di seluruh negara dari utara hingga ke selatan membawa ke Malaysia Timur (Sabah & Sarawak). Dari hari penamaan calon sehinggalah pengumuman keputusan, berita-berita pilihanraya kampus dipaparkan di akhbar-akhbar perdana mahupun alternatif.

Sesebuah organisasi memerlukan barisan pemimpin bagi mewakili mereka dalam membuat keputusan, menjaga kebajikan, mengangkat suara-suara orang yang diwakili atas sesuatu isu dan pelbagai lagi. Manakan mungkin sebuah universiti yang berkapasiti 6 000 ke 10 000 orang malahan lebih dari itu tidak mempunyai para pimpinan mereka sendiri. Di sinilah letaknya peranan pilihanraya kampus bagi memilih barisan kepimpinan mewakili mahasiswa-mahasiswa ke peringkat pengurusan tertinggi universiti. Justeru, pilihanraya kampus mungkin boleh dijadikan kayu pengukur kesediaan mahasiswa dalam berpolitik walaupun ia tidak merangkumi keseluruhan politik itu sendiri. Ini diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2010/2011, Saudara Lt M Ahmad Muzammil Bin Muhd Hairi apabila beliau mengatakan:

“Pilihanraya kampus mengajar dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses pilihanraya yang serupa dengan pilihanraya umum. Ini secara tidak langsung menimbulkan kesedaran politik dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk memilih pucuk pimpinan mereka.”

Dalam mencapai perlaksanaan satu pilihanraya kampus secara menyeluruh, terdapat 3 komponen utama yang terlibat secara langsung iaitu mahasiswa, calon barisan kepimpinan dan sistem pilihanraya itu sendiri. Tiga komponen ini mesti bergabung dan harus sentiasa dipantau keberkesanannya bagi memiliki sebuah perlaksanaan pilihanraya yang adil serta telus dan seterusnya dapat mendidik mahasiswa ke arah pendidikan politik yang benar. Mencuplik kata-kata Dato Saifuddin Abdullah di dalam blog beliau yang bertarikh 1 Julai 2009, beliau melihat golongan belia mempunyai cara dan imaginasi tersendiri terhadap partisipasi dalam berpolitik. Ini bermakna golongan belia khususnya mahasiswa mampu mengoptimumkan potensi politik mereka melebihi ahli-ahli politik sekarang jika pendidikan politik yang diberikan tidak bersifat berat sebelah atau bersifat kepartian murahan.

Justeru, keberkesanan tiga komponen utama tersebut hendaklah dilihat dari aspek kesedaran mahasiswa memilih pemimpin yang adil, kesedaran calon-calon pilihanraya terhadap tugas dan amanah dalam kepimpinan dan keadilan tentang sistem pilihanraya kampus. Keberkesanan dalam tiga komponen ini saling bergantungan antara satu sama lain dalam melahirkan seorang pemimpin yang berintegriti dan berdiri di atas paksi kepimpinan yang waja. Ia juga mungkin boleh dikatakan satu proses menyediakan golongan muda bagi menerajui negara ke arah pembangunan yang lebih kondusif meliputi aspek nilai dan material.

Kesedaran Mahasiswa terhadap Pilihanraya Kampus

Pilihanraya kampus pada sesi 2011/2012 keseluruhannya mencatatkan peningkatan peratusan keluar mengundi mahasiswa yang agak memberangsangkan. Ini dapat dilihat apabila Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatatkan 88.39 peratus iaitu 4 349 daripada 4 920 pelajar keluar menunaikan hak mereka. Ia diikuti oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang merekodkan peratusan sebanyak 85.43 peratus dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula mencatatkan 65.17 peratus mahasiswa mengundi. Ini sedikit berbeza dengan situasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang melaporkan hanya 50.6 peratus mahasiswa UKM yang keluar mengundi berbanding 78.8 peratus pada tahun 2010. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) masing-masing menyaksikan 86.24 peratus dan 54.24 peratus mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka. Statistik ini sekaligus menunjukkan mahasiswa di Malaysia semakin menyedari peranan dan tanggungjawab yang perlu mereka mainkan dalam sistem pilihanraya kampus. Walaupun situasi pilihanraya kampus bukanlah suatu gambaran yang tepat bagi menunjukkan kesedaran mahasiswa terhadap politik kampus, namun ia masih boleh dijadikan satu ukuran piawaian kasar memandangkan tanggungjawab dan hak mengundi memainkan peranan yang besar dalam menentukan pemimpin yang akan memegang tampuk kepimpinan tertinggi di kalangan mahasiswa.

Memilih Pemimpin yang Ahli

Namun begitu, adakah mahasiswa/i rata-ratanya menghadami kepentingan memilih pemimpin yang adil dan mempunyai daya kepimpinan yang boleh dipercayai? Ia memungkinkan satu kajian akademik yang panjang dan menyeluruh untuk persoalan ini.

Dalam proses mengangkat seorang pemimpin yang benar-benar mahu membawa perubahan dan menjaga hak-hak kebajikan mahasiswa secara amnya, peranan mahasiswa-mahasiswa yang mengundi dalam memahami kepentingan memilih pemimpin yang benar adalah sangat penting.

Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”

                (An Nisaa’; ayat 58)

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah r.a: “…………  Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)”

(Riwayat Bukhari)

Melihat kepada 2 dalil di atas, tidakkah kita merasa bahawa proses memilih pemimpin yang benar-benar adil dan mempunyai kapasiti dalam kepimpinan adalah suatu perkara yang harus dititikberatkan oleh masyarakat kampus khususnya mahasiswa? Jika dilihat dari aspek pengurusan sekalipun, prinsip “the right man on the right place at the right time” menjadi satu dasar kepada Jabatan Sumber Manusia sesebuah organisasi dalam memilih pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan. Memberikan amanah (jawatan/posisi) kepada seseorang yang tiada kebolehan memimpin dan tidak mempunyai karakter seorang pemimpin ditambah dengan masalah iman dan integriti moral hanya akan menyebabkan kehancuran dan kebinasaan kepada sesebuah organisasi tersebut. Justeru, bagi pemilihan wakil MPP yang bakal diangkat sebagai pemimpin, moleklah kiranya mahasiswa yang mengundi mengetahui ciri-ciri seorang pemimpin dan lebih-lebih lagi mengenali bakal calon MPP yang akan bertanding secara jelas berdasarkan manifesto yang dibawanya, bukan hanya sekadar seraut wajah dan sebaris nama sahaja.

Tugas Pemimpin

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menggariskan beberapa tujuan dan fungsi MPP dalam sesebuah universiti yang antara lainnya bertujuan bagi menjaga kemudahan kebajikan mahasiswa di universiti di samping menyusun program-program yang ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Tugas dan peranan MPP sebagai pemimpin mahasiswa di sesebuah universiti bukanlah hanya sekadar menjaga kebajikan mahasiswa dari sudut material sahaja, malah lebih dari itu. Mahasiswa sebagai satu kelompok masyarakat yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapat mereka dalam apa jua isu dalam dan luar negara berlandaskan bidang pengajian mereka. Di sinilah peranan MPP sebagai pemimpin untuk membawa suara mahasiswa ke pengurusan tertinggi universiti dan memberikan pendirian atas beberapa isu penting kebajikan mahasiswa dari aspek material dan nilai, juga isu-isu kemasyarakatan dan negara. MPP tidak perlu menjadi satu pertubuhan “yes man” kepada pihak pengurusan universiti dan bukan juga hanya sekadar pembantu am pihak Hal Ehwal Pelajar universiti dalam meneruskan tugas-tugas mereka.

Tidak dinafikan, semua calon yang bertanding berkobar-kobar menonjolkan bakat kepimpinan masing-masing bersama manifesto yang dibentangkan di rapat umum pada kemuncak kempen seraya mendabik dada ingin memberikan yang terbaik jika mereka dipilih. Namun begitu, dalam keghairahan calon-calon ini bertanding, adakah mereka memahami tujuan mereka untuk menjadi pemimpin? Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa bermula setiap amalan itu dengan niat. Ini adalah asas kepada setiap perbuatan. Maka, apakah niat calon-calon ini untuk bertanding dan merebut kerusi MPP semata-mata untuk menjadi pemimpin mahasiswa? Adakah hanya kerana ingin mencari populariti kampus dan dikenali oleh seluruh warga kampus? Ataupun sekadar suka-suka untuk mencari pengalaman dalam penglibatan politik kampus sekaligus dapat mengasah bakat kepimpinan dan mencapai tingkat pencapaian yang tertinggi dalam sesebuah organisasi di universiti? Atau lebih teruk lagi mungkin juga beberapa calon ini menyertai pilihanraya kampus adalah untuk konspirasi terancang dan dihasut oleh pihak-pihak tertentu atau mainan politik kotor? Semua kemungkinan ini ada benarnya andai kita menyelidiki dan merapati golongan calon-calon pemimpin ini sambil mengkoreksi nilai-nilai yang ada pada mereka.

Dalam melahirkan seorang pemimpin yang benar-benar waja dari aspek nilai dan integriti, kesedaran calon-calon pilihanraya kampus terhadap tugas dan amanah seorang pemimpin amat perlu diteliti. Baik calon-calon dari kumpulan Pro Aspirasi (Pro-A) mahupun kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) perlulah menilai semula niat dan tindakan mereka bertanding dan merebut jawatan. Jika niat hanya sekadar memenuhi kerusi MPP dan ingin mencapai populariti kampus, tariklah diri sebelum mereka mengotorkan tujuan pilihanraya kampus. Juga sekiranya niat kerana terdapatnya konspirasi pihak-pihak tertentu, undurlah diri daripada melucahkan lagi politik kampus. Ternyata sepanjang pilihanraya kampus di beberapa IPTA di seluruh negara pada tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya, kemungkinan-kemungkinan ini telah sedia ada malah situasi pilihanraya kampus mempamerkan sikap sesetengah calon-calon MPP yang mempunyai konspirasi terancang dengan mainan politik yang begitu licik. Justeru, kepada calon-calon yang bertanding, tepuklah dada tanyalah hati di mana keberadaan niat saudara sekalian dalam menghadapi pilihanraya kampus pada kali ini.  

Sistem Pilihanraya Kampus

Syed Hussein al Attas pernah menjelaskan panjang lebar di dalam bukunya “Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi” tentang bagaimana sistem telah menyebabkan rasuah dan ketidakadilan berlaku. Justeru, keberkesanan pilihanraya kampus sebagai wadah pendidikan politik kepada para mahasiswa adalah dengan mengukur tahap keadilan dan ketelusan sistem pilihanraya itu sendiri.

Ketidakadilan tentang pilihanraya kampus bukanlah menjadi satu isu yang asing lagi dalam dunia mahasiswa yang mahu mencakna. Seawal tahun 2004 dan 2005, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah menghantar satu memorandum mahasiswa kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang menuntut secara jelas keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya kampus. Ini dibuktikan dengan beberapa kes jenayah demokrasi dan penyelewengan seperti ugutan dan paksaan, halangan untuk menjadi calon, beberapa sekatan kononnya atas alasan peraturan pilihanraya dan pelbagai lagi.

Sedia kita maklum, pilihanraya kampus dicanang-canang oleh para pemimpin negara atau pentadbiran tertinggi universiti itu sendiri sebagai satu “medan latihan” kepimpinan dalam memahami demokrasi Malaysia khusus untuk para mahasiswa. Namun, alangkah malangnya apabila terdapat kekangan-kekangan yang tidak relevan malah seolah seperti menyusahkan para calon mahasiswa yang ingin bertanding. Sebagai contohnya, di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), harga borang dan deposit serta yuran pemprosesan yang mahal (RM200.00) berbanding universiti-universiti awam yang lain mungkin menjadi antara sebab mengapa demokrasi di kampus tersebut seolah-olah seperti mati. Selain itu, Panduan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang digubal oleh Urusetia Pemilihan MPP seolah-olah seperti tidak berfungsi apabila ia hanya dikatakan sebagai panduan yang tidak mutlak. Ini bermakna pada bila-bila masa sahaja calon-calon pilihanraya kampus terdedah kepada pencabulan dan perebutan hak sehingga boleh sahaja dinafikan penamaan calonnya. Sistem sebegini yang membuka ruang kepada matinya demokrasi kampus juga kepada penipuan, penyelewengan serta permainan politik sampah sebenarnya menidakkan hak calon-calon mahasiswa untuk sama-sama bertanding dalam konteks yang adil dan telus. Ini sekaligus memberi kesan kepada perjalanan proses pilihanraya kampus itu sendiri dan sedikit sebanyak memalitkan sentimen-sentimen buruk kepada istilah “politik”. 

Penutup

Sebagai kesimpulannya, berbalik kepada 3 komponen utama yang dibincangkan di atas, penulis percaya bahawa 3 komponen ini menjadi asas kepada pembentukan pilihanraya kampus yang adil dan telus serta dapat mencapai tujuannya yang sebenar iaitu melahirkan pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai nilai dan integriti yang tinggi sebagai asas dalam aspek kepimpinan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah pemimpin kepada golongan mahasiswa/i sesebuah universiti, ia bukanlah satu badan yang dikawal oleh mana-mana pihak, tetapi haruslah berdiri di atas semangat kebertanggungjawaban dan integriti serta amanah dalam menjalankan tugas. Biar siapa pun yang menjadi wakil mahasiswa dalam tampuk pemerintahan mahasiswa di universiti, pemimpin itu mestilah istiqamah dalam menghidupkan budaya ilmu dan intelektual di samping membangkitkan persoalan tanggungjawab dan hak mahasiswa ke arah membudayakan ilmu di segenap ruang universiti. Ini penting dalam menjadikan universiti sebagai sebuah institusi ilmu yang disegani. Menjadi wakil mahasiswa di kerusi MPP bukanlah satu penghormatan yang perlu dibangga-banggakan serta mendabik dada seolah berkata di dalam hati “aku yang terhebat”, tetapi ianya lebih kepada suatu perjuangan yang membawa erti dan mengangkat makna segaris istilah “maha” dan “siswa”.

 

Mahasiswa Cakna Pilihanraya Kampus”

Oleh: Nurul Nadia Abdul Rashid

Isu Sebenar di sebalik Kes 9 Mahasiswa Yayasan Terengganu

Mahasiswa dan Bersih 2.0

Walaupun Bersih 2.0 hingga kini mengatakan bahawa mereka adalah gerakan masyarakat sivil dan bukannya gerakan politik kepartian, majoriti melihat bahawa tetap ada campur  tangan politik kepartian di dalamnya. Hal ini, antara lain,  kerana pada setiap sesi promosinya tentu sahaja wujud kelibat   figura-figura dari parti politik pembangkang.

Selain itu, faktor konsep ‘kuasa ketiga’ atau ‘kuasa masyarakat sivil’ masih baru di kalangan rakyat dan upaya untuk memahaminya masih belum giat dilakukan, seterusnya membuatkan rakyat ramai mengambil kesimpulan ringkas bahawa Bersih 2.0 merupakan salah satu agenda pembangkang, atau sekurang-kurangnya suatu jalan atau helah lain pembangkang untuk memenangi perebutan kuasa seterusnya menduduki tampuk pemerintahan negara.

Kesimpulan dan tanggapan ini dikuatkan lagi dengan propaganda kerajaan melalui media arus perdana yang berat sebelah dengan mencanangkan bahawa Bersih 2.0 bukan sekadar agen pembangkang, malah ia juga telah dipengaruhi pemikiran komunis, merupakan agen pengganas dan kekacauan, pengkhianat negara dan sebagainya.

Labelan-labelan seperti ini terpalit kepada seluruh warga yang menyokong tuntutan Bersih 2.0 ini, tidak kira samada mereka ahli politik, sasterawan, ahli akademia, peguam, aktivis sosial, mahupun agamawan. Tidak terlepas, mahasiswa yang menyokongnya juga bukan sahaja terpaksa berdepan dengan labelan, malah ugutan dan hukuman!

Apa yang berlaku kepada 9 mahasiswa Yayasan Terengganu di Mesir adalah salah satu contoh terbaik. Pinjaman kewangan untuk membiayai kos pengajian dan sara hidup mereka di sana telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab terlibat dengan perhimpunan solidariti Bersih 2.0 di Mesir.

Yayasan Terengganu Bertindak

Yayasan Terengganu telah mengambil tindakan membatalkan Pinjaman Pendidikan 9 mahasiswanya di Mesir atas alasan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum itu. Pihak Yayasan mengambil tindakan sedemikian apabila mendapati bahawa mahasiswa-mahasiswa itu terlibat dengan Perhimpunan Bersih 2.0 di Mesir, yang mana pada pihak Yayasan, satu aksi yang tidak bermoral dan telah bercanggah dengan tujuan asal mahasiswa iaitu belajar.

Penyertaan mahasiswa dalam Perhimpunan Bersih 2.0 pada pendapat pihak Yayasan telah menyalahi Fasal 2 Perjanjian Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah seperti yang berikut1;

“Adalah dipersetujui bahawa PENUNTUT tidak boleh, pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasanya perjanjian ini mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yan pada  pendapat LEMBAGA memudaratkan kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan.”

Dalam membatalkan perjanjian pinjaman itu pula, pihak Yayasan telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam Fasal 3(2), yang dibaca bersekali dengan Fasal 8 iaitu masing-masing;

“Lembaga boleh menurut budibicara mutlaknya menamatkan perjanjian ini jika penuntut melakukan pelanggaran terhadap terkandung dalam Fasa 1 dan 2 perjanjian ini”

Dan;

 “Lembaga berhak pada bila-bila masa dan tanpa memberi sebarang sebab-sebab dan tanpa menghiraukan kepada hak-haknya di bawah perjanjian ini menarik dan memberhentikan daripada memberi mana-mana wang selanjutnya bagi pinjaman itu”

Perjanjian Pinjaman Berdasarkan Undang-Undang Kontrak

Tindakan oleh Yayasan Terengganu ini menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya daripada gerakan mahasiswa dan anak muda termasuklah KPT Mesir, PMRAM, SUARA, BKAN, ABIM, SAMM dan GEMPUR sendiri. Reaksi ini dibuat atas rasa tidak senang mereka terhadap tindakan Yayasan yang diyakini telah menzalimi mahasiswa.

Selain daripada melanggar hak kebebasan asasi, mahasiswa juga memprotes tindakan Yayasan ini atas dasar terma dan syarat dalam perjanjian pendidikan itu zalim dan berniat jahat. Contohnya pada Fasal 2 yang disebut di atas yang menghalang sebarang tunjuk perasaan atau hasutan dilakukan, tanpa perincian yang khusus. Fasal ini memberikan kuasa budibicara yang sangat luas sehingga boleh membuka jalan kepada penyalah gunaan kuasa.

Berdasarkan undang-undang kontrak, terdapat beberapa elemen utama untuk suatu perjanjian itu dikira sebagai kontrak. Elemen tersebut termasuklah tawaran, penerimaan, balasan dan kerelaan kedua-dua belah pihak. Jika elemen-elemen penting ini wujud dalam suatu perjanjian, maka secara umumnya perjanjian itu akan dikira sebagai kontrak dan secara automatiknya ditadbir oleh Undang-Undang Kontrak 1950. Seperti dalam perjanjian pinjaman pendidikan ini, kesemua elemen tersebut telah pun wujud.

Dan untuk suatu kontrak itu dapat dilaksanakan, ia perlu mematuhi dua syarat asas iaitu kedua-dua pihak bertindak dalam niat yang baik (bona fide) dan terma-terma dalam kontrak tersebut tidak menzalimi mana-mana pihak2. Juga menurut Furmston (1999) antara objektif utama undang-undang kontrak adalah untuk  melindungi pihak-pihak yang secara relatifnya lemah.

Setiap kontrak yang ditandatangani tentu sahaja mempunyai terma dan syarat yang harus dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak. Terma dan syarat ini dirangka oleh pihak yang membuat tawaran iaitu pihak Yayasan Terengganu sendiri. Kontrak jenis ini mirip kepada ‘kontrak bentuk seragam’ yang mana dibenarkan oleh undang-undang dan menurut Slawson (1971), kontrak yang sangat popular di pasaran sekarang. Secara umumnya, ia didefinasikan sebagai;

Kontrak yang dirangka oleh satu pihak sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang lagi satu untuk merundingkan terma-termanya serta ciri dan sifat kontrak ini yang tidak memerlukan kepada persetujuan dan perundingan di pihak pengguna di sebabkan pembentukannya yang didasarkan oleh konsep ‘terima atau tolak’ (take it or leave it basis).”3

Dalam erti kata lain, mahasiswa yang berada dalam tekanan ekonomi untuk membuat keputusan terpaksa menyetujui sebarang jenis terma dan syarat yang ditentukan bagi menyambung pengajian di luar negara walaupun terma tersebut tidak adil dan bersifat menindas. Selain itu, mereka juga terpaksa menandatangi perjanjian tersebut oleh kerana ia merupakan satu-satunya perkhidmatan atau kemudahan yang mampu dimiliki.

Hal ini menjadi perdebatan dalam dunia akademia tentang relevensi dan keadilan bentuk tersebut menurut undang-undang kontrak. Kritikan dibuat terhadap Undang-undang Kontrak 1950 sedia ada kerana tidak menyediakan suatu mekanisme yang mampan untuk mengawal  permasalahan ini. Para akademia menyifatkan terdapatnya kelompongan undang-undang (lacuna) dalam menyediakan peruntukan-peruntukan bagi mengelakkan pemaksaan terma tak adil ini dari berlaku. Seperti kata Visu Sinnadurai;

Akta kontrak tidak mengandungi apa-apa peruntukan yang memperkatakan khususnya tentang isi kandungan sesuatu kontrak. Tiada peruntukan yang dibuat tentang pengkelasan terma dan juga takat obligasi pihak-pihak  kepada kontrak. Akta ini juga membisu tentang sama ada pihak-pihak adalah secara tegasnya terikat oleh terma nyata kontrak atau samada terma tertentu boleh disiratkan.”

Dan seperti kata Nik Ramlah Madmood;

Akta 1950 hanya cuba mengkodifikasikan prinsip-prinsip asas undang-undang kontrak. Dengan yang demikian ia tidak mempunyai peruntukan khusus yang mengawal kandungan atau terma kontrak. Justeru, tiada peruntukan mengenai fasal yang membataskan biarpun mengecualikan liabiliti satu pihak, fasal yang memasukkan terma dalam dokumen lain ke dalam kontrak… mungkin inilah sebabnya kehakiman Malaysia telah mengesahkan fasal yang menampakkan ketidakadilan kepada pengguna.”

Apa yang dimaksudkan di sini adalah terdapatnya kelompongan yang jelas dalam undang-undang di negara kita (baca; Undang-undang Kontrak 1950) dalam memelihara dan mengelakkan pengguna perkhidmatan daripada terma yang tidak adil. Dalam isu pinjaman pendidikan ini, Fasal 2 ternyata tidak adil oleh kerana ia meletakkan kuasa budi bicara yang sangat besar untuk menentukan suatu perlakuan itu samada merupakan ‘tunjuk perasaan dan hasutan’ atau tidak. Selain itu, pada Fasal 8 perjanjian itu sendiri sudah meletakkan yang Yayasan mempunyai hak mutlak untuk memberhentikan pinjaman walaupun tanpa sebab.

Namun, walaupun terma yang ditetapkan itu didapati tidak adil, mahkamah tidak mempunyai kuasa (atau lebih tepat, tidak diberi kuasa oleh Parlimen) untuk memutuskan bahawa terma tersebut tidak sah dan tidak adil, apatah lagi membatalkan tindakan Yayasan Terengganu itu. Hal ini merupakan kesan daripada kelompongan dan kejumudan undang-undang kita seperti mana yang disebut di atas.

Hakikat Upaya Mahasiswa

Melihat kepada realiti perundangan ini, tindakan membawa kes ini ke mahkamah hanyalah tindakan yang merugikan dan sia-sia. Yang harus dilakukan adalah perubahan dan pembaik-pulihan sistem perundangan, terutama berkenaan undang-undang kontrak yang jauh ketinggalan dan zalim ini. Apa yang dipinda oleh Parlimen pada tahun 2010 iaitu Akta Perlindungan Pengguna4 hanyalah merangkumi skop yang sangat kecil dan masih memerlukan penambah-baikan.

Mahasiswa sebagai unit kecil dalam arus masyarakat sivil tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang. Realiti di Malaysia sekarang, kuasa tersebut hanya ada di tangan orang politik, dan proses meminta pendapat dari rakyat dan golongan  berkepentingan seperti sidang meja bulat hanyalah sekadar aktiviti pemenuh syarat semata-mata.

Oleh itu, penulisan makalah, pentas-pentas forum, ceramah, dan jalan raya menjadi pilihan mahasiswa untuk menyedarkan dan mendapatkan sokongan rakyat dalam melakukan perubahan dan mengatakan tidak kepada penindasan. Mahasiswa walaupun sedar ada pelbagai sekatan dari setiap sudut dan ruang, tetap percaya bahawa mereka bukan golongan naïf dan pengampu yang masih sanggup bermanis muka jika berhadapan dengan golongan penzalim!

Oleh Nur Mohd Iqzuan Bin Samsudin

Rujukan

  1. Surat Tunjuk Sebab daripada Yayasan Terengganu bertarikh 28 julai 2011
  2. Understanding Contract Law, John N Adams and Roger Brownsword, ms 123
  3. Jurnal Pengurusan 32 (2011),Undang-Undang Kontrak Malaysia: Keterbasan Pemakaian Dalam Kontrak Pengguna, Suzanna Mohamed Isa, Azimon Abdul Aziz, Sakina Shaik Ahmad Yusoff, ms 42
  4. http://www.bharian.com.my/articles/DewanRakyat_Penggunadilindungitermakontraktidakadil/Article/
By Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Posted in Artikel

Penyenaraian FGVH: Kapitalis Global Mengintai Peluang

Pengumuman penyenaraian tawaran awam permulaan (Initial Public Offering – IPO) Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober 2011 dalam Belanjawan 2012 yang lalu adalah pemula kepada isu ini sehinggalah tercetusnya pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak samada Koperasi Peneroka Felda (KPF), pengurusan tertinggi FELDA, pembangkang politik, figura-figura profesional dalam industri pelaburan, para mahasiswa mahupun peneroka FELDA itu sendiri. Terbaru, Himpunan Oren Selamatkan FELDA yang akan diadakan pada 14 Julai ini mengundang respon penuh dari pelbagai pihak dan secara tidak langsung memanaskan semula isu penyenaraian FGVH di Bursa Saham Malaysia. Belanjawan 2012 yang dibentangkan itu menyatakan bahawa peneroka FELDA akan menerima “durian runtuh” yang jumlahnya akan diumumkan sebelum FGVH disenaraikan di Bursa Saham Malaysia iaitu sebelum pertengahan 2012. Menurut Perdana Menteri, penyenaraian ini dilakukan dalam usaha untuk penjanaan dana bagi menjadikan FELDA sebuah syarikat konglomerat global.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada pengurusan tertinggi FGVH itu sendiri, Dato Sabri Ahmad selaku Presiden FGVH dan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA tetap meneruskan penyenaraian tersebut di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 28 Jun 2012 yang lepas. Ini menjadikan penyenaraian ini adalah yang terbesar di Asia pada tahun ini dengan IPO tersebut adalah yang kedua terbesar selepas saham Facebook Inc disenaraikan di Pasaran Saham Nasdaq (Nasdaq Stock Market) pada 18 Mei lalu. Keputusan ini dibuat secara bersama dengan Koperasi Peneroka Felda (KPF) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 23 April 2012 yang lalu dengan 51% saham FGVH sedia diapungkan ke pasaran terbuka, manakala 49% saham masih berada di dalam pemilikan Kumpulan FELDA. Sungguhpun demikian, pada awalnya terdapat lapan orang ahli KPF yang bangun menyatakan bantahan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas penyenaraian ini dan bertindak membuat injuksi di Mahkamah Tinggi Kuantan atas hujahan bahawa pengurusan tertinggi KPF yang menyatakan persetujuan untuk penyenaraian ini akan secara langsung melupuskan ekuiti milik KPF di dalam FELDA Holdings Bhd yang bernilai hampir RM3.13 billion ke FGVH dan ini secara jelas tidak menguntungkan ahli-ahli KPF dan para pemegang saham.

Setelah penyenaraian, dengan mengandaikan harga runcit RM4.55, tawaran itu dijangka akan mengumpulkan kira-kira RM10.5 bilion bagi penjanaan dana FELDA. Sebanyak 255 371 000 unit saham terbitan penawaran runcit diapungkan dan 182 408 000 unit (71.43%) saham diperuntukkan untuk peneroka dan kakitangan FELDA, manakala bakinya sebanyak 72 963 000 unit (28.57%) saham diagihkan untuk pelabur awam. Daripada jumlah itu, peneroka FELDA di Malaysia yang seramai 112, 635 orang ditawarkan 800 unit saham seorang. KPF pula ditawarkan menjadi pemegang saham sebanyak 37% dengan 360, 067 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) dipajakkan (disewa) kepada FGVH dan KPF akan menerima wang pajakan secara berkala daripada FGVH ekoran penyenaraian tersebut. Dalam isu ini juga, sebuah syarikat yang berasaskan perniagaan pertanian, Louis Dreyfus ditawarkan oleh FGVH bagi memegang saham FGVH sebanyak 4.9% kepentingan dalam IPO. Namun begitu, Louis Dreyfus menolak tawaran tersebut dan mensasarkan hanya 0.5% saham sahaja tetapi bersetuju menandatangani satu memorandum persefahaman bagi syarikatnya menjadi pelabur serta rakan kongsi strategik dalam penyenaraian FGVH ini.

Tawaran awam permulaan (IPO) FGV telah menarik sebanyak 58,526 permohonan awam bagi mendapatkan 565 400 000 saham, iaitu terlebih langganan 6.75 kali. Sebanyak 21,829 permohonan diterima dibawah bahagian yang dikhaskan untuk bumiputera manakala 36,706 permohonan di bawah bahagian awam . Pada hari pertama penyenaraiannya, saham FGVH yang ditawarkan pada harga RM4.55 itu mencapai premium sehingga RM0.75 menjadikan nilai dagangannya berada pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham. Dengan penutupan dagangan FGVH pada nilai tersebut, sebanyak 2,615,000 lot bertukar tangan dan ia adalah di luar jangkaan memandangkan suasana ekonomi global yang tidak menentu belakangan ini.

Image
Saham FGV yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Malaysia pada hari pertama diniagakan (28 Jun 2012)

Apabila saham sesebuah syarikat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia, ia mendedahkannya kepada pasaran terbuka dan global. Ini menjadikan FGVH berpotensi muncul sebagai sebuah syarikat konglomerat yang menyamai taraf syarikat-syarikat multinasional (MNC). Penyenaraian FGVH ini juga berpotensi meningkatkan daya saing ahli pengurusan tertingginya dalam merangsang hala tuju syarikat secara jelas dan mencari pasaran-pasaran baru yang lebih besar di luar negara.( Roslie Zakaria, Milenia Muslim, Jun 2012). Menurut Perdana Menteri Malaysia, ia juga akan membawa keuntungan kepada rakyat Malaysia secara umumnya, kerana agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pemodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji serta Lembaga Tabung Angkatan Tentera juga akan turut memiliki saham FGVH. Dana yang dikumpulkan atas dagangan saham ini pula dijangka akan dapat membantu industri hiliran dan pemprosesan untuk dibangunkan oleh FGVH dan secara tidak langsung memperkembangkan aktiviti komersial yang lain (Roslie Zakaria, Milenia Muslim, Jun 2012). Para peneroka FELDA pula mungkin akan mendapat keuntungan melebihi dividen yang pernah mereka terima sebelum ini (di antara 10% – 15%) daripada hasil dagangan saham-saham mereka di dalam KPF yang diniagakan di Bursa Saham Malaysia dan diapungkan sepenuhnya ke pasaran terbuka.

Melihat analisis kepada semua pembentangan data-data di atas, ada beberapa persoalan yang perlu dibangkitkan dan dilihat dengan lebih teliti oleh Pengerusi FELDA dan Presiden FGVH sebelum membuat keputusan menyenaraikannya di Bursa Saham Malaysia.

Sejarah syarikat-syarikat gergasi yang lalu seperti Sime Darby menunjukkan bahawa kesan penyenaraian saham ke pasaran terbuka akan mendedahkan pemilikan syarikat kepda pelabur awam khususnya pelabur global yang mempunyai dana kewangan yang kukuh sekaligus peralihan pemilikan syarikat akan berlaku. Meneliti sejarah peralihan pemilikan Sime Darby & Co. yang ditubuhkan pada Oktober 1910 oleh William Sime dan Henry Darby menjadikan syarikat ini sebuah syarikat British yang akhirnya menjadi milik rakyat Malaysia. Pada akhir 1970-an, kurang daripada separuh ekuiti Sime Darby Holdings telah diambil alih oleh pelabur-pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sdn Bhd. Justeru, pada Disember 1979, Sime Darby memindahkan ibu pejabatnya ke Kuala Lumpur dan secara langsung didaftarkan dan diuruskan oleh kumpulan profesional rakyat Malaysia. Kumpulan Sime Darby sepenuhnya menjadi pemilikan Kerajaan Malaysia pada tahun 1981 apabila Tun Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia pada masa itu) membuat “serbuan” untuk pengambilalihan Kumpulan Sime Darby di London Stock Exchange melalui Permodalan Nasional Bhd dan menjadikan ekuiti rakyat Malaysia di Sime Darby 54% daripada jumlah keseluruhan. Ini hanya contoh terdekat sejarah peralihan pemilikan ekoran daripada penyenaraian saham syarikat ke pasaran terbuka dalam industri perusahaan perladangan dan komoditi. Penyenaraian FGVH ke pasaran terbuka tidak terlepas daripada risiko ini. Tambahan pula, Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok juga mengesahkan bahawa beliau sendiri tidak terkejut jika China mengambil alih kepentingan Sime Darby kerana setiap orang bebas membeli dan menjual saham di pasaran terbuka. Tambahnya lagi, beliau sedar jika China ingin membeli kepentingan saham dalam syarikat-syarikat perusahaan perladangan Malaysia samada Sime Darby, FELDA atau lainnya dan seterusnya pemilikan ekuiti akan beralih milik. Walaupun pemilikan saham awam telah dirangka baik oleh kumpulan profesional yang menguruskannya, ia tidak akan memberikan satu jaminan yang pasti pada masa hadapan dengan mengambil kira sejarah banyak syarikat telah membuktikannya. Juga dalam situasi di mana syarikat menghadapi krisis kewangan yang teruk atau hampir bankrap (bailout), ia mendedahkan 360,067 hektar tanah FELDA Plantations Sdn Bhd (FPSB) digadaikan dan status pemilikannya bertukar tangan.

Persoalan lain yang perlu diteliti adalah impak penyenaraian ini kepada peneroka FELDA. Sebelum penyenaraian, peneroka menikmati dividen sehingga 10% – 15% setiap tahun daripada hasil saham mereka di dalam KPF. Namun begitu, selepas penyenaraian ini, keuntungan yang akan dirasai oleh peneroka tidak dapat diberikan jaminan yang pasti. Tidak dinafikan, hasil dagangan saham FGVH pada hari pertama penyenaraiannya memberikan premium sehingga RM0.75 sesaham dan seterusnya memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pemegang saham khususnya peneroka FELDA. Namun harus diingat, pasaran saham terbuka tidak berterusan akan mengekalkan potensi harga saham FGVH pada paras kukuh dan risikonya tetap wujud dan sangat besar. Justeru, boleh disimpulkan bahawa pulangan keuntungan yang bakal dikecapi oleh peneroka FELDA dengan kadar maksimum saham 800 unit adalah tidak pasti berbanding dividen yang pernah diterima sebelum penyenaraian. Selain itu, “durian runtuh” yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebanyak RM15 000 dengan melalui 3 fasa penyerahan adalah tidak berbaloi dengan risiko yang perlu diambil oleh peneroka bagi menyatakan persetujuan dalam isu penyenaraian ini dengan keuntungan saham yang belum pasti.

ImageRisiko yang perlu dihadapi oleh FGVH di pasaran saham terbuka adalah besar

Tanah seluas 360, 067 hektar milik Felda Plantation Sdn Bhd (FPSB) dipajakkan (disewakan) kepada FGVH dan sewanya akan dibayar oleh FGVH kepada KPF secara berkala akan merugikan Kumpulan FELDA. Dengan keuntungan yang berlipat ganda yang mungkin bakal diterima oleh FGVH daripada penyenaraian ini, KPF hanya menerima wang sewaan tetap daripada FGVH dan secara tidak langsung merugikan KPF dalam jangka masa panjang. Situasi ini memperlihatkan seolah-olah FGVH menggunakan KPF sebagai batu loncatan untuknya terus berdiri kukuh dalam industri perusahaan perladangan dan komoditi.

Image

Selain itu, hasil kajian Boston Consulting Group, iaitu juru runding yang dilantik secara rasmi dalam proses penyenaraian saham FGVH ini ke atas 30 orang pengurusan tertinggi FELDA pada Oktober 2011 yang lalu menyatakan secara keseluruhannya bahawa kebanyakan daripada mereka tidak bersedia untuk proses penyenaraian saham FGVH ini. Seramai 55% dari pengurusan tertinggi FELDA tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian ini, 20% daripada mereka menyokong penuh penyenaraian ini dan 5% lagi percaya bahawa proses penyenaraian ini akan gagal kerana FELDA belum bersedia. Pengerusi Persatuan Kebudayaan & Kesenian Generasi FELDA Malaysia, Siti Hajar Ismail pula menyarankan supaya penyenaraian FGVH ini tidak diteruskan secara tergesa-gesa kerana ia akan lebih memburukkan keadaan (Ruwaida Md Zain, Sinar Harian, Jan 2012). Justeru, penulis ingin menimbulkan persoalan baru iaitu bagaimana peneroka FELDA boleh menyatakan persetujuan mereka dalam isu penyenaraian ini dengan kekangan ilmu pelaburan dan saham serta penerangan minimum oleh FELDA yang diberikan, sedangkan ahli pengurusan tertinggi FELDA yang lebih arif serta pakar dalam selok belok proses penyenaraian ini rata-ratanya tidak bersedia?

Image

Kesimpulan yang jelas kita perhatikan di sini, penyenaraian saham FGVH ke Bursa Saham Malaysia ini mengundang pelbagai respon yang tidak berkesudahan dan menimbulkan isu-isu baru untuk difikirkan dan dianalisa. Daripada isu pemilikan tanah FELDA Plantation Sdn Bhd sehinggalah kepada manfaat yang bakal diterima oleh peneroka khususnya masih berada dalam keadaan samar atau tidak jelas ekoran penerangan yang terperinci tidak diberikan oleh pihak FGVH kepada para peneroka. Kapitalis-kapitalis global hanya menanti masa yang sesuai untuk melambakkan dana mereka ke Bursa Saham Malaysia lalu peneroka FELDA akan berputih mata melihat tanah dan ladang Malaysia yang kaya hasilnya bertukar tangan. Bagi pendapat penulis, samada saham FGV disenaraikan atau tidak, ia perlulah bebas daripada elemen-elemen tidak patuh Shariah seperti gharar, riba, khianat, penipuan, malah spekulasi oleh pihak-pihak tertentu yang secara langsung mendedahkan peneroka (iaitu golongan rakyat) kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu dalam pasaran global.

Oleh: Nurul Nadia Abdul Rashid

 

By Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Posted in Artikel