Siapakah GEMPUR?

Gerakan Mahasiswa Pantai Timur adalah sebuah gerakan mahasiswa yang terdiri daripada sekumpulan anak muda daripada front-front mahasiswa setiap kampus samada IPTA ataupun IPTS di negeri-negeri Pantai Timur (Kelantan,Terengganu & Pahang) dalam merencanakan agenda perjuangan kampus, masyarakat & nasional.

Dalam membina teras dan cita-cita gerakan, tiga rukun sebagai batu asasnya hendaklah difahami dan diadaptasikan dalam perjuangan. Rukun tersebut adalah idealisme, aktivisme dan intelektualisme.

“Idealisme merujuk kepada pegangan atau prinsip fundamental yang berasaskan dua perkara pokok. Pertama, kecintaan terhadap nilai yang muluk, mulia dan murni. Ini termasuklah kecintaan terhadap kebenaran, keadilan dan keharmonian. Manakala yang kedua ialah kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual contohnya kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kehuru-haraan. Ini diambil daripada ajaran islam tentang berbuat makruf dan melarang kemungkaran.

Aktivisme pula ialah proses merealisasikan idelisme. Ini termasuklah kebijaksanaan menterjemah idealisme agar menjadi langkah-langkah atau tindakan-tindakan yang praktikal. Di sini lahirnya hal ehwal perjuangan seperti kesukarelaan dan pengorbanan. Dalam islam, ini ditandai oleh konsep berlumba-lumba berbuat kebajikan.

Manakala intelektualisme tidak merujuk menara gading. Sebaliknya, ia merujuk penghayatan budaya ilmu yang berasaskan tiga prinsip, iaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat tertinggi; setiap individu sentiasa menuntut, menyebar dan mengembangkan ilmu; dan setiap keputusan dan tidakan dibuat berlandaskan ilmu.”

Melalui ketiga-tiga rukun perjuangan ini, visi, misi dan teras GEMPUR dibina.

Berminat untuk menyertai GEMPUR? Sila hubungi (PM) kami di http://www.facebook.com/gerakanmahasiswapantaitimur

Leave a comment